Rabu, 28 Oktober 2009

Blog ni akan hamba tutup buat sementara waktu

Terima kasih kerana sudi melawat ke teratak hamba. Teratak ini akan ditutup tak berapa lama lagi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terima kasih dan agar sentiasa didalam redha Allah semasa berkelana didalam sebuah pencarian demi menuju tempat tujuan.
Sesunguhnya kehidupan adalah sebuah teka teki yang halus dan abstract serta sulit untuk dihuraikan. Dalam mencari jawapan siapakah kita, dari mana kita datang dan kemana kita nak tuju terbukti bahawa segala kata-kata yang baharu sifatnya tidak lagi berguna. Kita tengelam dialam rasa. Wallahhualam bissawab.
Teratak hamba ini akan tidak berpenghuni untuk seberapa ketika. Namun silalah melawat sekali sekala untuk dagang dan senteri menghilangkan dahaga.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kisah SiMullah Dengan Raja



Sebermula setelah sekian lama berehat-rehat dianjung seri, terkenanglah SiMullah akan Rajanya.


SiMullah memang akrab dengan Rajanya. Namun begitu dia tidak pernah meminta apa-apa dari Rajanya. Ketika diistana, SiMullah duduk bersama-sama dengan pembesar-pembesar istana lainnya. SiMullah tidak tahu apakah yang mahu dimintanya walaupun dia tahu bahawa permintaannya akan diperkenankan langsung oleh Rajanya. Baginya cukuplah hanya dapat bersama-sama berada disisi Rajanya itu sudah cukup membahagiakan hatinya. Yang SiMullah tahu hanyalah memberi sahaja walaupun pemberiannya tidak diperlukan oleh Rajanya.
Sedang asyik meneliti dirinya, tiba-tiba datanglah seorang utusan dari istana bertanya khabar pada SiMullah. SiMulah tahu tentulah ada sesuatu yang hendak dikhabarkan oleh utusan istana itu. Utusan dari istana itu bertanyakan SiMulah mengapakah tidak meminta apa-apa pada Rajanya. Maka dijawab oleh SiMullah yang dirinya sudah kaya . Walaupun dia miskin harta namun kekayaan dalam bentuk hati yang tenang itulah satu-satu hartanya. Terutama ketenangan hakiki semasa beliau berada disisi Rajanya.
Untuk tidak nanti dikatakan sombong maka pada suatu hari SiMullah pun cubalah meminita sesuatu dari Rajanya. Maka segala permintaan SiMulah itu dimakbulkan oleh Raja. Maka gembiralah SiMullah tadi walaupun beliau tahu yang permintaan-permintaan tersebut bukannya untuk diri beliau sendiri tetapi untuk kawan-kawan dan sahabat handainya.
Maka SiMulah tetaplah saperti biasa. Iaitu seorang Mullah yang tak punya apa-apa.

Selasa, 30 Jun 2009

Perjalanan Mencari Sebuah Pengenalan Dan Cinta Hakiki.(Artikel lama yang diubahsuai semula)


Setelah berfikir sejenak inginlah SiMullah pergi meninjau-ninjau kekampung seberang untuk mendengar perkembangan terkini. Sesampainya dikampung tersebut SiMullah dapati hebohlah orang bercerita tentang Muhammad yang tinggal jauh dari kampung tersebut. Mereka bercerita tentang kebaikan seorang insan yang sangat terkenal dengan kesempurnaan akhlaknya. Maka orang kampung pun tanpa banyak soal terus percaya dan mengikut apa yang lazim dilakukan oleh Muhammad. Setelah memahami situasi dikampung itu, SiMullah pun bertikad untuk sama-sama mengikut kelakuan dan afaal rutin sehari-hari penduduk kampung tersebut. Sebermula, setelah sekian lama bermastautin disitu, terfikirlah SiMullah dalam hatinya untuk mengenal lebih dekat lagi tentang Si Muhammad itu. Hati kecilnya tidak berasa puas selagi tidak mengenal siapa itu Muhammad. Masakan dia mahu ikut ikut sahaja tanpa mengetahui akan sebab dan musababnya, fikirnya. (p/s disinilah terletaknya pakar Ilmu Fikah).
Setelah berfikir panjang maka SiMullah mengambil keputusan untuk terus mengembara mencari Muhammad. Setelah berhempas pulas merentas hutan belukar, menyeberang lautan badai dan belantara yang penuh dengan binatang-binatang buas maka sampailah SiMullah disebuah pondok kecil dipinggir hutan. Setelah memberi salam, maka ianya diajak tinggal dipondok itu buat sementara oleh seorang tua demi melepaskan lelah didalam perjalanan. Orang tua tersebut juga bercerita tentang Muhammad. Beliau menunjukkan jalan yang harus diikuti oleh SiMullah untuk sampai kerumah Muhammad.
Setelah beberapa lama menyambung perjalanannya, maka sampailah SiMullah kerumah Muhammad. Maka dilihatnya rumah itu serdahana sahaja. Ditangga ada sepasang kasut yang agak besar. Maka berfikirlah SiMullah dengan akalnya yang Muhammad ini agak besar orangnya. Diamat-amati daripada sais baju dan kain dijemuran maka tahulah Simullah yang Si Muhammad yang selalu diceritakan orang ini tinggi lampai orangnya. Dilihatnya persekitaran yang bersih maka tahulah SiMullah yang Muhammad ni bersih orangnya. SiMullah pun beredarlah dari rumah tersebut dengan hati yang gembira kerana telah lebih kenal dirinya pada Muhammad tadi. Ingin sahaja ia kembali kekampung halamannya untuk sama sama membawa berita gembira tersebut. Cukuplah pengetahuannya berkenaan dengan Muhammad tadi dengan penilaian-penilaian akal fikiran dan perbandingan-perbandingan sahaja. (p/s disini letaknya pakar ilmu usuluddin atau ilmu mantik).
Walhasil setelah berfikir seketika sedarlah ia bahawa Muhammad masih lagi belum dikenalinya dengan sebenar-benar kenal. Lantas Simullah pun naik keatas tangga lalu memberi salam. Jauh-jauh terdengar salamnya dijawab. Dia disuruh masuk kerana pintu tak berkunci. Setelah ia masuk kedalam rumah, Simullah dapati tiada siapapun didalam rumah tersebut. Setelah meninjau-ninjau seketika dilihatnya ada sebuah bilik ditengah-tengah rumah tersebut. Maka SiMullah pun menolak pintu bilik tersebut dan dilihatnya ada seorang manusia sedang duduk . SiMulah pun bertanya adakah yang sedang duduk itu Muhammad. Maka dijawab "akulah Muhammad". Maka disaat itu kenallah SiMullah pada Muhammad dengan sebenar-benar kenal. Maka disitu, banyaklah rahsia Muhammad yang dapat diketahui oleh SiMullah tadi. Rahsia yang ditemunya setelah menempuh berbagai rintangan dalam menempuh pahit maung sebuah pencarian demi mencari sebuah pengenalan yang hakiki. Rahsia sebuah teka teki yang mana dia sendiri pun tidak pernah menduga dan menyangka. Dari saat itu, hancur dan luluhlahlah hatinya dalam ratapan mengenang akan fitrah dirinya setelah mengetahui bahawa yang dicari itulah yang mencari.
Maka bebaslah SiMullah daripada dibelengu berbagai persepsi tentang Muhammad sejak dari mula dia berkelana. Segala persoalan dibenak hatinya kini telah terjawab. Maka jadilah SiMullah seorang yang paling kaya. Iaitu satu kekayaan yang berupa sebuah ketenangan jiwa yang abadi. Namun yang terhebat ialah rasa cintanya terhadap yang dicari. Benarlah saperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Cinta tanpa kenal adalah terbatas hanya dibibir, palsu dan hanya timbul dari angan-angan sahaja. Ianya akan menjadi sia-sia. Masakan cinta akan berbalas kalau kiter tidak kenal Yang Dicinta?. Kalau cinta dah berbalas, bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa. Wallahhualambissawab.

Jumaat, 26 Jun 2009

Dari Teratak Pak Kiai 9 - Kisah SiMullah Dan Pokok Rambutan.


Sebermula pada satu petang yang redup, berihatlah SiMulllah dianjung rumahnya. Bersamanya ader tiga orang sahabat yang kebetulan tidak kelaut pada petang itu. Sedang mereka berbual-bual dan bersembang-sembang sambil menikmati secawan kopi terpandanglah SiMullah pada sebatang pokok rambutan dihadapan terataknya. Pokok yang sedang berbuah masak. Maka tergeraklah SiMullah untuk menduga sejauhmanakah sahabat-sahabatnya itu melihat sesuatu dalam diri masing-masing. Maka mulalah SiMullah mengajukan suatu pertanyaan yang mudah dan biasa sahaja. "Wahai Sahabat-sahabat hamba. Apakah yang dapat kamu lihat pada pokok rambutan didepan sana?" Setelah senyap seketika maka jawablah sahabat yang pertama "Hamba dapat lihat sebatang pokok rambutan dengan daunnya yang hijau dan buahnya yang sedang ranum. Sahabat yang kedua pula menjawab"Hamba juga nampak saperti yang sahabat tadi nampak cuma hamba dapat melihat ada beberapa dahan yang telah kering dan batangnya yang sederhana besar. Sahabat yang ketiga juga menjawab seperti yang lainnya namun dia juga dapat melihat beberapa sarang sang-kerengga disebalik daun-daun yang rimbun itu dan juga sebuah timbunan busut jantan disebelah banir pokok tersebut.
Maka setelah mendengar jawapan mereka diamlah SiMullah. Arkian ditanyalah oleh sahabat yang tua apakah yang dapat dilihat oleh SiMullah. Maka jawablah SiMullah. " Bila hamba melihat pokok rambutan itu tidaklah hamba nampak daunnya, dahannya, batangnya atau buahnya. Yang hanya dapat hamba lihat adalah biji benihnya yang mula-mula ditanam oleh orang dahulu. Maka termenunglah ketiga-tiga sahabat SiMullah tadi. Ianya adalah satu jawapan yang tidak pernah mereka duga sama sekali. Maka tambah SiMullah lagi "Begitulahlah juga apa yang kita lihat kalau kiter memerahati pada diri kiter sendiri dan pada manusia lainnya".
Maka al-taksub semakin naik bingunglah ketiga-tiga sahabat tadi. Namun satu pengajaran bagi mereka adalah sememangnya kiter melihat sesuatu dari sudut dan perspektif yang berbeza. Namun dalam sekian ramai manusia diantara kiter, masih ada lagi yang manusia yang memandang sesuatu dengan mata hati dengan satu penglihatan yang menembusi waktu, ruang dan dinding-dinding hijab.
P/S Hanya Allah sahajalah tempat kiter menumpang kasih.

Sabtu, 6 Jun 2009

Disudut Jendela - Mereka Inginkan Chin Peng Pulang?

Baru-baru ni terdapat sekelumpuk rakyat Malaysia yang mahukan Chin Peng pulang keMalaysia dan diraikan sebagai seorang hero dan perjuang kemerdekaan.
Siapakah Chin Peng?
Sekretari General Parti Komunis Malaya. Berpangkat General.Slogan-slogan dan propaganda Komunis yang digunakan semasa melawan Jepun dan British juga Askar Melayu ;
1. "Untuk Kebebasan Rakyat"
2. "Suara rakyat" saperti akhbar komunisnya "Voice Of The Peoples"
3. "Kuasa Rakyat"
4. "Revolusi Rakyat"
5. Memperalatkan rasa tidak puas hati rakyat.
Tektik Perjuangan:
Fasa 1 - Guerrilla komunis menyerang estate-estate, lombong-lombong, balai polis dan pegawai-pegawai kerajaan didalam pekan-pekan kecil dan kampung-kampung terpencil. Ini memaksa British lari dan mengosongkan tempat-tempat tersebut. Ini adalah satu tektik kelasik dan pendekatan Mao Tse-tung.
Fasa 2 - Kawasan-kawasan yang ditinggalkan British diberi nama baru iaitu "Liberated Areas." atau kawasan-kawasan yang dibebaskan dalam mana base-base guerrilla komunis yang baru akan dibangunkan dan tentera komunis mula berkembang biak.
Fasa 3 - Tentera menyerang bandar-bandar, kampung-kampung dan jalan-jalan kereta api - Kemudian tentera -tentera guerrilla komunis akan menyerang tentera British dan jika perlu ianya akan dibantu oleh kekuatan Tentera China dan disokong secara moral oleh Soviet Russia.Chin Peng tidak interested untuk diberi pengampunan kerana bukan itu yang dia mahu. Dia mahu sebuah negera Malaya yang Komunis.
Melayu Bukan Bangsa Subsidi - Mari Kiter Ungkit Sejarah Silam.
Semasa Jepun memerintah, anggota Parti Kominis Malaya dilatih oleh Skuard komando British 136. Selepas saja Jepun kalah, PKM nak merebut kuasa untuk menjajah Tanah Melayu sebelum British datang kembali ke Tanah Melayu. (Disini nyatalah sifat sebenar menanguk diair keruh gulungan ini) Dimasa ini dapatlah komunist memerentah selama 13 hari. Kekejaman mereka samalah saperti kekejaman jepun. Mereka menubuhkan "perbicaraan rakyat" dan ramai anak watan bangsa kiter hilang dan dibunuh kerana dianggap tali barut Jepun dan ada yang dibunuh kerana dendam peribadi yang tiada kena mengena langsung dengan Jepun atau British. Disinilah munculnya gulungan saperti Selempang / Selendang Merah yang diketuai oleh Allahyarham Kiai Hj Salleh diJohor dan beberapa orang Kiai diPerak mempertahankan tanah air dari di"komuniskan" .
Sekarang slogan dan propaganda yang serupa digunakan oleh mereka yang mahukan Chin Peng pulang kembali sebagai hero. (Wira Komunis). Malang sekali orang Melayu yang kaya dan bergelar tengku pula yang memulakan permintaan ini. Mereka yang hidup mewah dan belajar diluar negeri kadang-kadang bersikap terlalu libral sehingga mudah dicemari dengan fahaman negative lainnya. Mereka tak pernah ambil tahu atau merasakan tangisan janda-janda yang hidup melarat dengan anak-anak tentera-tentera kiter yang mati kerana bobby trap dan serangan hendap komunis. Kiter mudah lupa dan ignorance lalu kiter dengan mudah dipergunakan oleh orang lain. Kiter juga, secara berterusan diperlemahkan oleh Melayu yang prejudis terhadap bangsa sendiri. Dimanakah baki 500000 komunis yang diberi keampunan dan sogokkan wang ringgit yang sebegitu besar oleh british semasa negara hampir merdeka sekarang berada? Kebanyakan mereka sekarang menjadi Kaya Raya dengan business network yang besar. Sesetengah lari ke Singapura. Juga menjadi kaya raya. Mereka menyerah kerana wang bukannya kerana ideologi. Siapakah yang menyimpan data-data dan rekod lama nama-nama mereka yang diberi keampunan dan disogok wang yang sebegitu banyak untuk kelaur dari hutan? USD 5000 - USD20000 semasa sebelum merdeka adalah jumlah wang yang begitu banyak. Pendapatan purata SC melayu adalah RM45 -65 sebulan pada masa itu dan orang kampung hidup melarat. Komunis dapat wang yang banyak untuk "jump start" membina kehidupan lantas menjadi kaya raya. Orang kiter masih daif dan miskin. Tidak hiranlah kalau semasa memandu, kiter lihat tanah-tanah ladang bukannya milik orang kiter. Orang kiter "survive by their own" menempuh pelbagai kepayahan dalam mencari kehidupan. Kiter bukan bangsa subsidi.


Sejarah Sang Rajuna Tapa akan berulang dimana pintu pagar istana dibuka untuk membolehkan musuh masuk menawan raja. Kiter ingat kiter libral dan tanpa sedar menolong musuh komunis buat "checkmate". Kiter hanya lihat gambar kecil hingga lupa pada gambar yang lebih besar. Seperti biasa, kiter mudah dan mula tewas dalam perang psicology yang dirancang dengan teliti oleh musuh kiter dari luar sejak sebelum mardeka lagi. Sejarah pasti berulang. Kiter perlu selalu beringat dan jangan mudah lupa diri. Kiter mesti kuat dari segi perang psicology. Ikutilah sikap dan perjuangan pahlawan-pahlawan kiter masa lampau saperti Dato Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut dan lainnya. Pemimpin pula mestilah amanah. Janganlah menjadi saperti gunting dalam lipatan. Mengkhainat bangsa sendiri. Rasuah dengan mengadai maruah diri. ugama dan bangsa. Pemimpin perlu tahu menentukan kesenambungan arah perjuangan dengan belajar dari sejarah perjuangan masa lampau.

Rabu, 3 Jun 2009

Disudut Jendela - Hantu dan Akidah


Sebermula takut hantu adalah bersalahan dengan akidah kiter orang mukmin. Janganlah hendaknya kiter diperguna-gunakan oleh iblis musuh kiter untuk menakut-nakutkan kiter dengan sewenang wenangnya. Takut bererti tewaslah kiter dengan musuh kiter itu. Kiter tewas sebelum berjuang. Kalau kiter mudah tewas disini maka mudahlah kiter dengan hasutan-hasutan lainnya.

Kalau kiter diganggu, maka seharusnya kiter ajar iblis ini cukup-cukup. Kiter cari walaupun mereka menyorok disebalik lalang sehelai. Iblis dan hantu tidak seharusnya kiter biarkan bermaharajalela mengacau dan menyusahkan umat manusia. Hantu atau dalam bahasa melayu lama dipanggil kertiak, adalah sejenis makhluk yang terjadi dari percikkan api neraka. Bila terserempak dengan orang mukmin, mereka sepatutnya berasa bahang dan cabut.

Arkian, kalau kita terserempak dengan makhluk ini, kita haruslah hapuskan mereka tanpa memberi ampun lagi. Tiada kuasa walau sebesar zaharah sekali pun kecuali kuasa Allah Azzawajjala.

Ilmu hantu raya dan jin lainnya haruslah dijauhi. Kalau ada orang-orang tua yang dah lanjut usia hendak memberi kita sesuatu "barang" maka janganlah kiter terus setuju. Kalau kiter hendak diajar dengan mentera atau "pre-command untuk mengapplikasikan sesuatu tindakan" maka jauhkan dengan menggunakan nama seperti "hong" "si bintik" "si rangga rani" atau sebagainya kerana nama yang tak jelas akhirnya akan membawa padah dan penderitaan yang abadi kepada mereka yang terlibat memperhambakan diri pada iblis tersebut.
Sebenarnya hanya Allah lah sahaja tempat penyerahan yang hakiki dan mutlak. Takut hantu juga membuat bangsa kiter mundur dan takut untuk menghadapi cabaran dan rintangan masa hadapan sebagai satu bangsa yang dinamik. Takut hantu juga hanya membuat minda kiter terpenjara dan dijajah oleh Iblis Laknatullah. Jadi, dari saat, masa dan ketika ini marilah kita berubah dari takut kepada berani.

Isnin, 18 Mei 2009

Disudut Jendela - Perihal Harimau


Sebermula cerita tentang harimau ini ada banyak versi. Salah satu versi adalah kisah harimau cenakau . Kisah berkenaan harimau ini bermula ditanah seberang. Ada sekelumpuk masyarakat orang asli disana yang mengamalkan kanibalism secara mistik. Mereka memperdaya orang ramai dengan pergi merayau-rayau kepasar. Mereka mempunyai sejenis bau yang ganjil. Apabila seseorang itu menegur bau mereka, dengan tak semena-mena akan menjadi hilang ingatan lalu terus mengikut mereka masuk kehutan tanpa sedar. Sampai ditengah hutan mereka akan dimakannya. Hanya yang ditinggalkan untuk dibuat sebagai tanda adalah sebatang jari kelengkeng simangsa sahaja.
Bagi yang mahir tentang ilmu kejadian harimau ini pula, menurut pengajian mereka, asal harimau adalah daripada anak saidina ali. Mula-mula harimau berjalan tegak. Oleh kerana melanggar pantang dan sumpah memakan manusia, ia dipukul oleh sydina ali dangan tongkatnya lalu patahlah pingangnya. Berjalan ia dengan merangkak dan jadilah ia seperti sekarang. Pengatahuan ini digunakan oleh mereka yang ingin menundukkan pak belang ni. Kuatnya harimau adalah bergantung pada tiga helai bulu yang terletak diatas keningnya. Kalu didirikan bulu-bulu ni semasa merenung kita maka dengan tak semena-mena lutut kiter menjadi lembik dan kita akan terjelepuk jatuh ketanah. Kalau dicabut salah satu dari bulu keningnya maka hilanglah rezekinya dan makannya pula tiga bulan baru sekali. Begitulah seterusnya. Maka meranalah kawan kiter tu. Kesian pulak kiter nanti kat pak belang ni. Kebulur. Ini adalah menurut sesetengah keprecayaan sahaja. Bukannya harus diterimapakai buat kiter. Anggaplah ianya hanya sebuah cerita sahaja.

Selasa, 24 Mac 2009

Dari teratak Pak Kiai 8 - Perihal Penjara Diri (Sambungan)


Sebermula, dengan kasih sayanglah kiter ditempatkan didalam kandung ibu selama sembilan bulan sepuluh hari. Maka disaat ini bermulalah sebuah perjalanan. Kita pun terperangkap didalam sebuah penjara. Penjara kandungan ibu. Disitu terdapat banyaklah alat dan perkakas diberi untuk menolong kiter supaya kiter dapat menjalani kehidupan dalam rahim ibu dengan sampurna seperti, uri, tembuni, tentuban, darah, kudus, kidam, kempas dan derjak. Setelah lahir, kiter punya rupa sendiri. Kiter diberi nama. Maka bermulalah perjalanan kiter dialam penjara kedua iaitu alam dunia. Dialam ini, ibu dan bapalah yang menjaga kiter. Kiter sering tergamam. Kiter terpenjara dalam dukungan ibu dan bapa. Kiter kehilangan sesuatu. Kiter tercari-cari. Kiter bertanya itu dan ini. Kiter sudah lupa asal kiter. Setelah sekian lama, kiter keluar dari penjara tersebut dan masuk pula kedalam penjara alam persekolahan. Setelah keluar, kiter seterusnya masuk pula kedalam penjara alam perkerjaan. Semasa didalam penjara ini, kadang kala kiter terpenjara pula didalam penjara politik. Semakin taksub kiter, semakin dalam dan gelaplah penjara kiter tadi. Kalau kiter terlupa, jadilah kita fanatik. Kita terpenjara diatas kepercayaan dalam persepsi fanatik kiter.

Maka sebenarnya kiterlah yang membina dan menempatkan diri kedalam penjara-penjara yang kiter buat sendiri. Penjara-penjara yang pintunya berlapis-lapis. Setelah itu kita masuk pula kepenjara alam tua dimana kita terperangkap pula didalam penjara kesakitan, kedinginan dan kesepian. Disaat kita mahu berpulang kerahmatullah, kiter tak berdaya lagi membebaskan diri dan minda kiter keluar dari penjara yang berlapis-lapis itu. Kita dah tak nampak lagi dimanakah pintu-pintu penjara tersebut. Kiter tertipu. Malangnya tiada seorang pun datang membantu kiter keluar dari penjara tadi. Para ulama, ustaz dan ibu bapa kiter pun tidak berupaya membantu kiter. Disaat itu, seperti yang selalu dikiaskan oleh yang ariffin bahawasanya kematian itu sakitnya saperti menarik seekor lembu masuk kedalam sebuah lubang jarum yang kecil. Maka renungkanlah wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Bagaimanakah hendak kiter menghulur tangan menolong mereka yang masih terbelengu didalam penjara kalau kita sama-sama berada didalam nya? Maka keluarlah dan bebaskanlah diri sendiri. Kibarkanlah bendera kemerdekaan dalam kegemilangan yang hakiki. Bukankah kebebasan dan kemerdekaan itu umpama sebuah matahari yang bersinar terang. Sinar yang menyilaukan mata dan menerangi seluruh pelusuk alam. Sinarkanlah hati dan minda dengan sinaran iman yang yang maha hebat. Semuga selamat dan didalam keredehaan Allahllah hendaknya tuan puan, abang adik, kakak kakak, emak-emak dan bapak-bapak dari dunia sampai akhirat. Amin ya rabbul 'alamin

Ahad, 22 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 7 - Perihal Penjara Diri.


Setelah merenung sejenak kedalam diri maka kiter pun tertanya-tanya siapakah diri kiter sebenarnya dan apakah tujuan kiter lahir didunia yang fana ini. Sememangnyalah dunia ini fana. Kiter fana dan terlena dalam kenikmatan duniawi. Dunia dihiasi dengan hiasan-hiasan yang sangat indah. Bukit bukau, gunung ganang, lautan luas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga manusia lelaki dan perempuan. Kiter dibekalkan dengan sebuah pedoman berupa Alquraan supaya dapat meniti sebuah kehidupan dunia anugrah Yang Maha Esa dengan selamat demi menuju kealam akhirat.
Maka seharusnyalah kiter berakhlak dan berbudi luhur, berhati bersih serta berkasih sayang sesama ummat juga makhluk lainnya dialam kun fayakun ini. Begitulah tujuan dunia ini dijadikan. Ianya adalah untuk Ummat. Maka kiter gunakanlah dengan benar, bersih dan lurus. Kalau kiter membuat onar dan cela didalamnya, kita sebenar melawan fitrah kejadian diri kiter sendiri. Kiter melawan fitrah kejadian alam dan diri tanpa kiter sedar. Kita lupa yang kita pasti akhirnya akan tewas dan gagal kerana fitrah manusia itu adalah suci, murni dan hakiki. Ego, taksub dan fanatik kiter telah menipu diri dan hati kecil kiter sendiri dan akhirnya kiter berdosa. Kesedaran sudah pupus. Pelita hati sudah dipadamkan oleh akhlak buruk, cemar dan cela tanpa kiter sedar.

Khamis, 19 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 6 - Penjara Dalam Sebuah Perjalanan Hidup


Sebermula hidup ini adalah umpama satu perjalanan dalam sebuah tempat persingahan yang dipanggil dunia. Kelahiran dan kematian adalah sebuah perjalanan didunia sahaja. Sebenarnya Dialam Ruh itu kiter. Didalam kandung ibu itu pun kiter. Keluar kealam dunia yang sebiji inipun kiter. Dialam barzakh itu pun adalah kiter. DiYaumil Mahsar pun kiter. Jadi siapakah kiter sebenarnya? Matikah kiter?Sebenarnya kematian itu adalah istilah yang digunapakai oleh mereka yang terperangkap minda dan jiwanya didunia ini sahaja. Maka seharusnyalah kiter membebaskan minda kiter daripada terbelengu hanya didalam satu alam sahaja. iaitu sebuah alam yang ujudnya saperti penjara. Maka bebaskanlah minda dari penjara-penjara yang perbagai itu. Carilah sebuah kebebasan yang hakiki.

Sabtu, 14 Mac 2009

Disudut Jendela - Bersatulah Wahai Bangsaku


Sekarang ni bangsa kiter sedang menghadapi krisis identiti. Penderhakaan kepada raja-raja sudah menjadi-jadi. Adab sopan dan akhlak sudah semakin tercemar . Menghurmati orang tua telah menjadi sejarah silam. Kiter semakin biadap. Kiter menjadi semakin ego dan individualistik. Kita dah jadi tak amanah dan rasuah. Kiter jadi buas dek nafsu serakah. Kiter dah hilang nilai-nilai murni dan keluhuran budi. Dosa dan pahala kiter dah tak peduli. Kiter suka menjajah bangsa sendiri. Kiter lupa untuk membebaskan minda bangsa sendiri. Bangsa kita sekarang sukar untuk menerima keritikan dengan berlapang dada. Kiter lebih suka menghakim orang itu dan orang ini salah tanpa kiter sedari yang Allahlah Yang Sebenar-Benar Hakim. Kiter lebih sayangkan orang lain. Bangsa kiter tak semena-mena dah di"arab"kan dan di"barat"kan. Kiter sangka segala yang berasal dari arab dan barat itu semuanya baik. Kiter berhadapan dengan inferiority complex didalam diri yang amat luar biasa. Kiter tercabar. Kiter kehilangan identiti dan jatidiri. Kiter seolah-olah masih dijajah. Kiter mudah diperguna-gunakan oleh bangsa lain untuk kepentingan peribadi dan politik mereka kerana mereka tahu dan pakar tentang kelemahan kita. Marilah kiter berbalik pada nilai-nilai murni dan peradaban luhur bangsa sendiri. Yang penting sekali ialah .
Wahai Orang Melayu, hentikan prejudis terhadap bangsa sendiri. Hentikan prejudis pada diri sendiri kerana kiter boleh bersatu, bersih dan bergerak kehadapan dengan pantas dan dinamik.

Selasa, 10 Mac 2009

Asal Kaji besi 2


Selain dari ilmu kaji besi ader juga ilmu kebal digunapakai oleh sesetengah idividu dalam masyarakat melayu dahulu kala. Ader kebal yang dipanggil kebal tahi. Kebal ini tidak baik dituntut kerana ianya menyalahi fitrah kejadian manusia itu sendiri. Kebal jenis ini diperolehi dengan memakan kepala najis sendiri yang telah diletak didalam sebiji pisang dan diamalkan setiap malam jumaat selama tiga malam berturut-turut dengan syarat-syarat dan mentara tertentu. Mendengarnya pun kiter naik geli geman. Setengahnya kebal dengan menanam taring babi tunggal didalam kulit mereka. Biasanya dilakukan oleh orang bukan Islam. Rambut dan kuku lama-lama jadi panjang dan tak boleh dipotong. Kadang-kadang sampai kelutut. Buat apa saja mereka tahan. Tikam ke, tembak ke mereka tak takut. Kebal begini menjadi satu cabaran kepada kiter dek kerana bender tu najis. Pakai ayat Quraan pun kadang-kadang memantul dan tak jalan. Hanya yang betul-betul handal jer dapat menumbangkan mereka.
Sesetengah kebal mengunakan jin. Nama-nama Jin diseru dengan mentera tertentu dan disuruh masuk dalam tubuh sendiri. Ader Jin-Jin yang kedudukannya senentiasa menelangkup kebumi dan ader yang kedudukkannya menelentang ke langit. Setelah diseru masuk ketubuh manusia, mulalah biji mata menjadi merah terbelalak dan terbelolok. Membengis mencari lawan dengan tempikan yang membelah bumi. Kalau ditest kulit mereka dengan plyer pun mereka tak rasa sakit. Puaslah kiter sepit dan tarik kulit mereka dengan plyer mereka selamber jer. Kulit jadi liat macam kulit gajah. Tahan palu dan tahan tikam. Kadang-kadang mereka diseru ketika bermain silat.
Setengah puler memakai kebal syitan yang datangnya dari keris, tangkal, azimat tok sami, tok siam, tok batin atau dari benda-benda lain. Benda-benda begini akan memakan tuannya biler dah tua, biler dah nak mati kelak. Ader yang akhirnya nak mengucap dua kalimah syahadah pun dah tak boleh lagi. Kebal begini tidaklah susah ditewaskan bagi mereka yang mahir dan sanggup berdepan menghadapi cabaran. Kalah mereka dengan cara-cara tertentu. Kebal sesunguhnya bukan untuk kiter sahaja, orang kapiak pun boleh kebal dan kiter harus berwaspada. Manalah kiter tahu niat mereka. Rambut sama hitam tapi kadang kaler hati lain-lain. Mamun kiter taklah harus bersalah sangker pada mereka kerana mereka pun manusia juga cuma kepercayaan saja yang berbeza.

Isnin, 9 Mac 2009

Disudut Jendela - Ilmu Dunia Ilmu Akhirat


Syahadan, jika dibandingkan ilmu-ilmu dunia seperti silat, ketahanan diri dan sebagainya, ilmu akhiratlah yang lebih utama bagi mereka yang ariffin. Bagi yang Arifbillah, dunia hanya semantara sahaja. Hidup sebenar adalah hidup sesudah mati. Iaitu hidup yang abadi dimana tiader lagi kematian selepas itu. Hidup sekarang adalah sementara kerana adernya kematian itu sendiri. Kematian juga menjadi satu titik noktah tanpa akhir jika kiter terperangkap didalamnya. Iaitu jika kecundang dalam meniti siratal mustaqim yang begitui sulit didalam kehidupan dunia sekarang. Ingat-ingatlah semasa meniti kehidupan ini menuju akhirat. Serbermula, saperti kata para Jauhari andainya dunia yang kita kejar dan buru, kita gagal mendapat akirat sebaliknya kalau akhirat yang kita cari, dunia akan datang dengan sendiri.

Ahad, 8 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 5 - Menyingkap Tabir Hakikat

Berikut adalah kesenambungan dari soal jawab yang telah lalu antara Syieh Siti Jenar dengan muridnya.
Murid ; Wahai Kanjeng Syeh, jelaskan kepada kami tentang hakikat Kudrat !”
Syeh ; Kudrat adalah kekuasaan pribadi Tuhan. Tak ada yang menyamaiNya. KekuatanNya tanpa sarana. KehadiranNya berasal dari ketiadaan. Luar dan dalam tiada berbeda. Tak dapat ditafsirkan. Jika engkau menghendaki sesuatu maka kalian terlebih dahulu akan mempastikan bahawa ianya telah direncanakan matang-matang dan pastikan ianya dipikirkan berulang-ulang. Itupun kadang-kadang hasilnya masih sering meleset. Namun Allah tidak demikian, bila menghendaki sesuatu tak perlu dipersoalkan terlebih dahulu.
p/s - Sesunguh maka benarlah akan penjelasan Syeh Siti Jenar tentang Kudrat. Kuasa dan Afaal Allah adalah tuntas. Menifastasi sifat kudrat dari Zat Yang Maha Pengasih dan Maha Luhur tanpa pengiraan-pengiraan kerana pengiraan-pengiraan mengunakan akal. Akal digunakan oleh makhluk untuk membuat pertimbangan-pertimbangan dan ianya bersifat baharu. Oleh itu. manusia haruslah mengunakan akal mereka pada landasan yang benar dan murni supaya kiter akan selamat didalam menempuh hidup sehari-hari secara berakhlak.

Sabtu, 7 Mac 2009

Disudut Jendela Hati, Budi Jiwa Murni


Salam sejahtera kawan-kawan seperjuangan. Sebermula perjalanan hidup kiter didunia ini hanyalah sementara sahaja. Kiter hanyalah seorang perantau yang mengembara. Kiter mengembara dari dunia untuk mencari jalan pulang kenegeri akhirat.
Dalam mencari sesuatu didalam sebuah kehidupan ini, kiter selalu tersalah sangka dan sering tertipu. Kiter sangka afa'al dan ilmu yang kiter guna, pegang, gengam dan simpan itu adalah sebiji intan tetapi pada hakikatnya hanyalah sebiji pasir. Kiter sangka ianya intan kerana orang ramai berkata itulah intan. Maka kiter pun satuju, yakin, kutip dan simpan tanpa ragu-ragu. Kadang-kadang kite berasa bangga pulak dengan intan yang kita miliki.
Sesungguhnya diakhir hayat nanti, semasa berpulang meniti sakaratal maut, tahulah kiter bahawasanya kiter selama ini telah tertipu kerana kejahilan kiter sendiri. Kadang-kadang kiter tertipu dek kerana kiter dijahilkan oleh orang lain. Kiter tertipu diatas persepsi ramai. Bagi para Jauhari yang mengenal maknikam, tidaklah semudah itu mereka menerima persepsi ramai. Jauhari mengenal dimanakah sebiji intan diatas timbunan pasir walaupun khalayak mengatakan yang bertimbun itulah intan. Disini marilah kiter membezakan sifat-sifat Jauhari yang afiffin dengan mereka yang jahil.

SiJauhari kenal akan dirinya dan kenal akan Tuhannya. Si Jahil puler jahil akan dirinya dan jahil puler akan tuhannya. Apabila melihat saudara seIslam kita senang dan mewah sedikit, Si Jahil mula cemburu, berburuk sangka lantas berasa dengki. Kadang-kadang diushakannya agar sikaya itu jatuh miskin. Lain pula halnya dengan Si Juhari. Pabila melihat saudara mereka senang dan mewah, mereka tumpang suka, mengucap syukur lantas segera mendoakan mereka. Seandainya kiter beri secawan madu kepada SiJahil, mereka akhirnya akan membalasnya dengan hempedu dan racun berbisa. Sebaliknya SiAriffin pula akan membalasnya dengan sekuntum bunga.
Dalam hal menuntut ilmu, SiAriffin akan berjumpa bakal murshidnya dengan membawa sebuah bekas yang kosong. Sijahil puler akan membawa sebuah bekas yang penuh dengan ego, riak dan takabbur serta liat untuk merendah diri dan berlapang dada. Si Murshid tidak tahu dimana nak curahkan ilmu mereka kerana bekas murid itu dilihatnya sudah penuh. Apabila mendengar keaiban saudara seislam, Sijahil pukul canang. umpat dan keji supaya mereka itu mendapt malu. Maka bersemaraklah api dendam antara umat. Berpecah belah dan bermsuh-musuhan. Maka sebenarnya sijahil tadi berafa'al dengan afa'al Jin dan Syaitan. Dia telah tewas dalam meniti sebuah kehidupan menuju Yang Hakiki. SiAfiffin pula akan menyembunyikan keaiban orang lain agar mereka tidak mendapat malu. Berahsia. Kadang-kadang rahsia dibawa sampai kemati. Sijahil menyangka merekalah yang berilmu kerana kitab tinggi melangit. Berasa bangga dengan ilmunya dan akalnya. Bagi SiAriffin pula, ilmu adalah anugrah Yang Maha Pengasih. Akal adalah baharu dan tak mampu mendesrcipsikan perihal Allah Azzawajalla. Ibadat Sijahil adalah kerana dunia dan kerana manusia manakala SiAriffin pula, kerana akhirat, kerana Allah dan kerana Rasul. SiJahil akan melupakan kebaikkan orang terhadap diri mereka manakala SiAriffin sentiasa mengingat kebaikkan orang lain, walaupun sekadar seteguk air atau sepinggan nasi, mereka tetap mengenangnya sampai kemati. SiJahil biasanya terus bungkas bila bangun dari tidurnya manakala Si Ariffin pula terus mendoakan ummat memohon rahmat dari Allah Yang Maha Rahman lagi Rahim.
Begitulah serba sedikit tentang Jauhari yang mengenal maknikam. Wahai saudaraku yang dirkasihi Allah, sesungguhnya syurga itu tidak ramai penghuninya dan islam itu satu addin yang sungguh indah. Tidakkah dapat kita merasakannya?

Isnin, 2 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 4 - Konsep Tentang Ketuhanan Syieh Siti Jenar

Apabila ditanya muridnya kepada Syieh Siti Jenar apakah wujud dari Tuhan itu dapat dimiliki oleh manusia Maka Syieh pun menjawab " Memang, sifat wujud itu boleh saja dimiliki oleh manusia dan itulah inti dari ajaran ini. Selama manusia mampu menjernihkan kalbunya, maka ia akan mempunyai sifat-sifat itu. Sifat tersebut pun sudah kumiliki. Kalian boleh saja melakukannya dengan mengamalkan apa yang hendak kuajarkan. Allah adalah satu-satunya yang wajib disembah. Dia tidak tampak dan tidak berbentuk. Tidak terlihat oleh mata. Sedangkan alam dan segala isinya merupakan cerminan dari wujud Allah yang tampak. Seseorang bisa meyakini adanya Allah karena ia melihat pancaran wujudNya melalui jagad raya ini. Allah tidak berawal dan berakhir, memiliki sifat langgeng, tak mengalami perubahan sedikitpun. Allah berada di mana-mana, bukan ini dan bukan itu. Dia berbeda dengan segala wujud barang baru yang ada di dunia".

Ahad, 1 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 3 - Jiwa Murni, Hati Dan Budi

Untuk melatih Jiwa Murni, Hati Dan Budi , ternyata ajaran Syekh Siti Jenar adalah satu ajaran yang terbaik dan tuntas. Ajaran yang berkisar dalam melatih kerjenihan Jiwa Murni, Hati Dan Budi. Ajarannya dijuruskan kepada methodology penjernihan hati dan budi yang terkandung didalam sukma raga. Ianya lebih menekankan aspek kejiwaan dari pada aspek lahiriah yang dapat dipandang oleh mata orang banyak yang dicemari oleh pelbagai gambaran persepsi tentang Tuhan dan ketuhanan itu sendiri. Intinya ialah konsep tujuan hidup. Titik akhir dari ajaran Siti Jenar ialah tercapainya manunggaling kawula-Gusti bagi mencapai ketauhidan perengkat tinggi. Iaitu tauhid kesaan Yang Maha Agung. Paham inilah yang hampir sama dengan ajaran para zuhud, wali dan orang-orang yang bermujahadah. Zuhud banyak dijumpai dalam dunia tasawuf. Mereka merupakan orang-orang atau kelompok yang melihat kemewahan dan kesenangan duniawi bukanlah satu yang priority. Mereka mempunyai tujuan hidup yang lebih utama, yakni ingin mencapai kesucian jiwa atau roh.
Inilah inti ajaran Syeh Siti Jenar. Iaitu pencapaian spiritualiti yang tinggi dalam tauhid keesaan antara makhluk dengan Dzat Pencipta, yang lebih popular disebut sebagai manunggaling kawula-Gusti. Ajaran ini adalah meliputi penguasaan hidup, pengetahuan tentang pintu kehidupan, tentang kematian, tempat kelak sesudah ajal, hidup kekal tak berakhir, dan tentang kedudukan Yang Mahaluhur. Suatu ketika Syeh Siti Jenar mengajarkan ilmu kepada para murid-muridnya. Syeh Siti Jenar berkata,”Manusia harus berpegang pada akal, meyakini pula dua puluh sifat yang dimiliki Allah”. Antara lain yakni; wujud, tak berawal, tak berakhir, berlainan dengan barang baru, berkuasa, berkehendak, berpengetahuan, memiliki ilmu secara hakikat dan sebagainya.

Jumaat, 27 Februari 2009

Dari Teratak Pak Kiai 2 - Petua Hulubalang Melayu


Salam kawan-kawan seperjuangan.Kadang-kadang keris atau parang kiter ni ader yang boleh membunuh sampai selesai, ader yang hanya makannya kurang satu atau dua atau tiga. Maksudnya kalau senjata kiter dari jenis besi yang kurang baik, tidaklah dapat ia menewaskan semua musuh. Kadang-kadang sepuas manapun kiter cuba, musuh yang tinggal satu atau dua orang lagi tidak dapat ditumpaskan. Ini bererti senjata kiter telah lemah. Maka campakkanlah senjata kiter itu ketanah dan usahlah digunakan lagi. Biasanya kiter akan gunakan senjata atau parang yang lebih kecil yang disisipkan dipinggang kiter. Pada masa inilah kiter gunakan senjata begini untuk menewskan musuh. Biler musuh kiter pula membawa dua jenis senjata semasa bertarung kiter mestilah berwaspada, Mungkin musuh kiter tu mahir tentang besi. Biler mereka mahir tentang besi kemungkinan senjata kiter tak dapat mencederakannya. Mungkin musuh kiter tu kebal senjata. Maka berikhtiarlah dengan cara yang lain. Kalau mereka kebal, maka kalau menikam, tikamlah yang didalam. Umpama menikam seekor ayam dalam reban. Jangan ditikam rebannya tapi tikamlah ayam yang didalmnya. Akan berputarlah musuh kiter tersebut. Kalau kebal jin atau puaka atau syitan, maka kiter tak perlu khuatir kerana hantu syitan akan cabut biler berhadapan dengan kiter. Hilanglah kebal mereka. Namun harus dibakar dahulu Jin atau hantu tersebut. Kadang-kadang jin atau hantu itu terbakar secara automatik biler terlhat WAJAH kiter.Para hulubalang melayu seharusnya mahir akan ilmu rasa. Sebaiknya kiter dapat rasakan yang musuh kiter menuju kearah kiter sejauh tujuh buah bukit lagi dimana kiter bolehlah bersedia. Biasanya hulubalang wanita lah yang mempunyai rasa yang kuat dan halus. Kalau kiter berjalan didalam hutan atau belukar, bukan sahaja musuh, biawak pun kalau memerahatikan kiter, sudah dapat kiter rasa dan tahu dimana ia.Kalau orang dulu-dulu, ilmu mereka cukup tinggi. Sebagai contoh, kalau mereka mempunyai ilmu Si Angga Mara, semasa bertarung, maka gelaplah alam sebelah dari Shyirik ke Maghrib. Langit menjadi sebelah terang dan sebelah gelap melitup dari timur ke barat. Mega yang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi seolah-olah bermara bersama-sama kiter. Sekarangpun masih ader yang mengamalkan ilmu ini. Namun bilangan mereka terlalu sedikit, Mereka selalunya tidak menunjulkan diri dan bersahaja saperti orang yang tidak berilmu. Senjata kiter, seeloknya disimpan sebagai senjata sahaja. Janganlah sesekali digunakan untuk tujuan lain. Kalau senjata kiter jenis yang baik dan serasi serta bersahabat dengan kiter, bila bunyi berdetik sahaja ditengah malam. kiter terus terjaga dan yang mula-mula kiter ingat secara automatik ialah senjata kiter tadi. Senjata begini kadang-kadang kalau kiter usap-usap pun tangan kiter tak semena-mena boleh luka. Ini bererti besinya dari jenis garang dan baik untuk dibawa bertarung. Begitulah serba sedikit petua yang digunakan oleh hulubalang melayu dahulu kaler.

Dari Teratak Pak Kiai 1 - Asal Kaji Besi


Disini izinkan hamber bercerita serba sedikit tentang besi. Besi ni sangatlah mustahak dan berguna kepada umat manusia. Adapun perihal kaji besi ni biasanya dikaitkan dengan kejadian diri atau kaji diri. Menurut kaji besi, besi ni ada jantan dan betinanya. Kalau kiter tahu dan masak akan kaji diri dan kaji besi, maka tahulah kiter akan asal besi. Maka lemahlah besi pada kita. Tunduklah besi pada kita. Kalau dihunjam dek musuh sejata dari besi. besi tu tak mahu menikam kiter. Besi tersebut akan mengelak ngelak dari menikam kiter. Biasanya kaji besi ni tamat bila kiter dah habis beramal ilmu besi maka datanglah mimpi. Bila kiter mimpi pegang besi merah menyala, cair dan menitis kebumi dari gengeman kiter, ini bererti telah berisyarat termakbullah akan ilmu kiter dek Yang Maha Pengasih. Rasa panas tidak lagi terasa dalam mimpi tadi. Maka bila tak ader manusia atau binatang yang nampak kiter, bolehlah kiter uji dengan memulas mulaskan besi tersebut. Lemah dan lembutlah besi tersebut. Ditest secara tersembunyi agar dapat kiter mengelakkan dari takbur terhadap manusia dan binatang sekeliling kiter. (malu pun ader). Kalau kerja kat kilang besi atau kilang penapis minyak kena hati-hatilah sedikit kerana takut tak boleh panjat tangga besi. Silap-silap melurut kebawah.Besi ni ader macam macam nama bagi yang mengenal asalnya saperti besi ketopong, besi tuadi, besi markadi dan besi nur karun juga besi kersani. Ader besi yang berasal dari pohon besi. Bagi pengkaji besi, mereka tak pakai perkataan sekeping besi sebaliknya dipakai perkataan setahat besi. Begitulah serba sedikit kisah besi. Sesetengah mampu memicit-micit besi panas untuk dijadikan keris dan sebagainya. Namun keris picit diadun dari 99 jenis besi dan pernah saya terdengar ader yang mengambil besi-besi tersebut dari mulut sahaja. Biasanya para wali-wali yang berbuat begini dengan izin Tuhan kiter Yang Maha Pengasih. Jin, Shyitan dan kapiak cukup takut dengan senjata sebegini. Tunjuk saja, terus mintak ampun dan berdesup cabut. Ader yang, bila dihunus keris bergini dalam pertarungan atau peperangan terus terkaku, lemah dan tak mampu bergerak lagi. Kalau nak tamat ilmu besi ni kenalah kiter terjun masuk kedalam perigi yang didalamnya telah dicucuk dengan tombak, parang, tempuling dll dimana matanya mengadap arah kelangit. Setelah mengucapkan beberapa patah kata-kata maka terjunlah kedalam perigi tersebut. Maka hingar-bingar lah bunyi senjata-senjata tersebut mengelak kiter. Bulat penyerahan kiter pada Tuhan kiter. Disaat itu, hidup syukur matipun syukur. Masakan mahu besi menderhaka pada kiter?Pesan saya cuma hati-hati dengan keris kerana banyak keris yang mempunyai pendamping yang terdiri dari Jin dan Syaitan.