Rabu, 3 Jun 2009

Disudut Jendela - Hantu dan Akidah


Sebermula takut hantu adalah bersalahan dengan akidah kiter orang mukmin. Janganlah hendaknya kiter diperguna-gunakan oleh iblis musuh kiter untuk menakut-nakutkan kiter dengan sewenang wenangnya. Takut bererti tewaslah kiter dengan musuh kiter itu. Kiter tewas sebelum berjuang. Kalau kiter mudah tewas disini maka mudahlah kiter dengan hasutan-hasutan lainnya.

Kalau kiter diganggu, maka seharusnya kiter ajar iblis ini cukup-cukup. Kiter cari walaupun mereka menyorok disebalik lalang sehelai. Iblis dan hantu tidak seharusnya kiter biarkan bermaharajalela mengacau dan menyusahkan umat manusia. Hantu atau dalam bahasa melayu lama dipanggil kertiak, adalah sejenis makhluk yang terjadi dari percikkan api neraka. Bila terserempak dengan orang mukmin, mereka sepatutnya berasa bahang dan cabut.

Arkian, kalau kita terserempak dengan makhluk ini, kita haruslah hapuskan mereka tanpa memberi ampun lagi. Tiada kuasa walau sebesar zaharah sekali pun kecuali kuasa Allah Azzawajjala.

Ilmu hantu raya dan jin lainnya haruslah dijauhi. Kalau ada orang-orang tua yang dah lanjut usia hendak memberi kita sesuatu "barang" maka janganlah kiter terus setuju. Kalau kiter hendak diajar dengan mentera atau "pre-command untuk mengapplikasikan sesuatu tindakan" maka jauhkan dengan menggunakan nama seperti "hong" "si bintik" "si rangga rani" atau sebagainya kerana nama yang tak jelas akhirnya akan membawa padah dan penderitaan yang abadi kepada mereka yang terlibat memperhambakan diri pada iblis tersebut.
Sebenarnya hanya Allah lah sahaja tempat penyerahan yang hakiki dan mutlak. Takut hantu juga membuat bangsa kiter mundur dan takut untuk menghadapi cabaran dan rintangan masa hadapan sebagai satu bangsa yang dinamik. Takut hantu juga hanya membuat minda kiter terpenjara dan dijajah oleh Iblis Laknatullah. Jadi, dari saat, masa dan ketika ini marilah kita berubah dari takut kepada berani.

1 ulasan:

jaudin berkata...

Setuju & tak setuju. Sememangnya iblis dijadikan utk menjlnkan tugas mengganggu gugat aqidah umat manusia. Namun harus diingat ianya bukan alasan untuk kita merosakkan hati dgn kebencian pada makhluk yg dijadikanNya. Tiap yg dijadikan ada kerja masing2 & tugas kita terus menjadi insan kamil mukkamil.