Blog ini adalah cetusan rasa saya untuk dikongsi bersama. Tujuan blog ini adalah untuk megembalikan semangat juang bangsa melayu yang kini telah banyak terhakis kerana fahaman politik berpuak-puak. Blog ini bersifat nutral dan antara lain untuk mengingatkan kita pada nilai-nilai murni Bangsa Melayu yang semakin lama semakin terhakis. Disini hamba lampirkan juga dengan pusaka Ilmu Hulubalang Melayu dahulu kala untuk sama-sama dapat mengenang kembali identiti bangsa kita.
Isnin, 2 Mac 2009
Dari Teratak Pak Kiai 4 - Konsep Tentang Ketuhanan Syieh Siti Jenar
Apabila ditanya muridnya kepada Syieh Siti Jenar apakah wujud dari Tuhan itu dapat dimiliki oleh manusia Maka Syieh pun menjawab " Memang, sifat wujud itu boleh saja dimiliki oleh manusia dan itulah inti dari ajaran ini. Selama manusia mampu menjernihkan kalbunya, maka ia akan mempunyai sifat-sifat itu. Sifat tersebut pun sudah kumiliki. Kalian boleh saja melakukannya dengan mengamalkan apa yang hendak kuajarkan. Allah adalah satu-satunya yang wajib disembah. Dia tidak tampak dan tidak berbentuk. Tidak terlihat oleh mata. Sedangkan alam dan segala isinya merupakan cerminan dari wujud Allah yang tampak. Seseorang bisa meyakini adanya Allah karena ia melihat pancaran wujudNya melalui jagad raya ini. Allah tidak berawal dan berakhir, memiliki sifat langgeng, tak mengalami perubahan sedikitpun. Allah berada di mana-mana, bukan ini dan bukan itu. Dia berbeda dengan segala wujud barang baru yang ada di dunia".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
bahaya konsep diatas.ini melibatkan akidah sebaiknya kita berpegang pada akidah sunnah wal jamaah" bahawasanya Allah itu Esa,tiada beranak dan tidak diperanakkan,tiada yang menyerupainya.
apa yang bahayanya.?
sebaik2 nya kena berguru klu nak belajar bab yg bukan semua org boleh terima.. Allah s.w.t Maha Esa.. Logik akal manusia tidak mampu berfikir tntg prkara ni sekiranya tidak berguru takut sesat atau insane..
Catat Ulasan