Ahad, 1 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 3 - Jiwa Murni, Hati Dan Budi

Untuk melatih Jiwa Murni, Hati Dan Budi , ternyata ajaran Syekh Siti Jenar adalah satu ajaran yang terbaik dan tuntas. Ajaran yang berkisar dalam melatih kerjenihan Jiwa Murni, Hati Dan Budi. Ajarannya dijuruskan kepada methodology penjernihan hati dan budi yang terkandung didalam sukma raga. Ianya lebih menekankan aspek kejiwaan dari pada aspek lahiriah yang dapat dipandang oleh mata orang banyak yang dicemari oleh pelbagai gambaran persepsi tentang Tuhan dan ketuhanan itu sendiri. Intinya ialah konsep tujuan hidup. Titik akhir dari ajaran Siti Jenar ialah tercapainya manunggaling kawula-Gusti bagi mencapai ketauhidan perengkat tinggi. Iaitu tauhid kesaan Yang Maha Agung. Paham inilah yang hampir sama dengan ajaran para zuhud, wali dan orang-orang yang bermujahadah. Zuhud banyak dijumpai dalam dunia tasawuf. Mereka merupakan orang-orang atau kelompok yang melihat kemewahan dan kesenangan duniawi bukanlah satu yang priority. Mereka mempunyai tujuan hidup yang lebih utama, yakni ingin mencapai kesucian jiwa atau roh.
Inilah inti ajaran Syeh Siti Jenar. Iaitu pencapaian spiritualiti yang tinggi dalam tauhid keesaan antara makhluk dengan Dzat Pencipta, yang lebih popular disebut sebagai manunggaling kawula-Gusti. Ajaran ini adalah meliputi penguasaan hidup, pengetahuan tentang pintu kehidupan, tentang kematian, tempat kelak sesudah ajal, hidup kekal tak berakhir, dan tentang kedudukan Yang Mahaluhur. Suatu ketika Syeh Siti Jenar mengajarkan ilmu kepada para murid-muridnya. Syeh Siti Jenar berkata,”Manusia harus berpegang pada akal, meyakini pula dua puluh sifat yang dimiliki Allah”. Antara lain yakni; wujud, tak berawal, tak berakhir, berlainan dengan barang baru, berkuasa, berkehendak, berpengetahuan, memiliki ilmu secara hakikat dan sebagainya.

Tiada ulasan: