Jumaat, 26 Jun 2009

Dari Teratak Pak Kiai 9 - Kisah SiMullah Dan Pokok Rambutan.


Sebermula pada satu petang yang redup, berihatlah SiMulllah dianjung rumahnya. Bersamanya ader tiga orang sahabat yang kebetulan tidak kelaut pada petang itu. Sedang mereka berbual-bual dan bersembang-sembang sambil menikmati secawan kopi terpandanglah SiMullah pada sebatang pokok rambutan dihadapan terataknya. Pokok yang sedang berbuah masak. Maka tergeraklah SiMullah untuk menduga sejauhmanakah sahabat-sahabatnya itu melihat sesuatu dalam diri masing-masing. Maka mulalah SiMullah mengajukan suatu pertanyaan yang mudah dan biasa sahaja. "Wahai Sahabat-sahabat hamba. Apakah yang dapat kamu lihat pada pokok rambutan didepan sana?" Setelah senyap seketika maka jawablah sahabat yang pertama "Hamba dapat lihat sebatang pokok rambutan dengan daunnya yang hijau dan buahnya yang sedang ranum. Sahabat yang kedua pula menjawab"Hamba juga nampak saperti yang sahabat tadi nampak cuma hamba dapat melihat ada beberapa dahan yang telah kering dan batangnya yang sederhana besar. Sahabat yang ketiga juga menjawab seperti yang lainnya namun dia juga dapat melihat beberapa sarang sang-kerengga disebalik daun-daun yang rimbun itu dan juga sebuah timbunan busut jantan disebelah banir pokok tersebut.
Maka setelah mendengar jawapan mereka diamlah SiMullah. Arkian ditanyalah oleh sahabat yang tua apakah yang dapat dilihat oleh SiMullah. Maka jawablah SiMullah. " Bila hamba melihat pokok rambutan itu tidaklah hamba nampak daunnya, dahannya, batangnya atau buahnya. Yang hanya dapat hamba lihat adalah biji benihnya yang mula-mula ditanam oleh orang dahulu. Maka termenunglah ketiga-tiga sahabat SiMullah tadi. Ianya adalah satu jawapan yang tidak pernah mereka duga sama sekali. Maka tambah SiMullah lagi "Begitulahlah juga apa yang kita lihat kalau kiter memerahati pada diri kiter sendiri dan pada manusia lainnya".
Maka al-taksub semakin naik bingunglah ketiga-tiga sahabat tadi. Namun satu pengajaran bagi mereka adalah sememangnya kiter melihat sesuatu dari sudut dan perspektif yang berbeza. Namun dalam sekian ramai manusia diantara kiter, masih ada lagi yang manusia yang memandang sesuatu dengan mata hati dengan satu penglihatan yang menembusi waktu, ruang dan dinding-dinding hijab.
P/S Hanya Allah sahajalah tempat kiter menumpang kasih.

Tiada ulasan: