Selasa, 30 Jun 2009

Perjalanan Mencari Sebuah Pengenalan Dan Cinta Hakiki.(Artikel lama yang diubahsuai semula)


Setelah berfikir sejenak inginlah SiMullah pergi meninjau-ninjau kekampung seberang untuk mendengar perkembangan terkini. Sesampainya dikampung tersebut SiMullah dapati hebohlah orang bercerita tentang Muhammad yang tinggal jauh dari kampung tersebut. Mereka bercerita tentang kebaikan seorang insan yang sangat terkenal dengan kesempurnaan akhlaknya. Maka orang kampung pun tanpa banyak soal terus percaya dan mengikut apa yang lazim dilakukan oleh Muhammad. Setelah memahami situasi dikampung itu, SiMullah pun bertikad untuk sama-sama mengikut kelakuan dan afaal rutin sehari-hari penduduk kampung tersebut. Sebermula, setelah sekian lama bermastautin disitu, terfikirlah SiMullah dalam hatinya untuk mengenal lebih dekat lagi tentang Si Muhammad itu. Hati kecilnya tidak berasa puas selagi tidak mengenal siapa itu Muhammad. Masakan dia mahu ikut ikut sahaja tanpa mengetahui akan sebab dan musababnya, fikirnya. (p/s disinilah terletaknya pakar Ilmu Fikah).
Setelah berfikir panjang maka SiMullah mengambil keputusan untuk terus mengembara mencari Muhammad. Setelah berhempas pulas merentas hutan belukar, menyeberang lautan badai dan belantara yang penuh dengan binatang-binatang buas maka sampailah SiMullah disebuah pondok kecil dipinggir hutan. Setelah memberi salam, maka ianya diajak tinggal dipondok itu buat sementara oleh seorang tua demi melepaskan lelah didalam perjalanan. Orang tua tersebut juga bercerita tentang Muhammad. Beliau menunjukkan jalan yang harus diikuti oleh SiMullah untuk sampai kerumah Muhammad.
Setelah beberapa lama menyambung perjalanannya, maka sampailah SiMullah kerumah Muhammad. Maka dilihatnya rumah itu serdahana sahaja. Ditangga ada sepasang kasut yang agak besar. Maka berfikirlah SiMullah dengan akalnya yang Muhammad ini agak besar orangnya. Diamat-amati daripada sais baju dan kain dijemuran maka tahulah Simullah yang Si Muhammad yang selalu diceritakan orang ini tinggi lampai orangnya. Dilihatnya persekitaran yang bersih maka tahulah SiMullah yang Muhammad ni bersih orangnya. SiMullah pun beredarlah dari rumah tersebut dengan hati yang gembira kerana telah lebih kenal dirinya pada Muhammad tadi. Ingin sahaja ia kembali kekampung halamannya untuk sama sama membawa berita gembira tersebut. Cukuplah pengetahuannya berkenaan dengan Muhammad tadi dengan penilaian-penilaian akal fikiran dan perbandingan-perbandingan sahaja. (p/s disini letaknya pakar ilmu usuluddin atau ilmu mantik).
Walhasil setelah berfikir seketika sedarlah ia bahawa Muhammad masih lagi belum dikenalinya dengan sebenar-benar kenal. Lantas Simullah pun naik keatas tangga lalu memberi salam. Jauh-jauh terdengar salamnya dijawab. Dia disuruh masuk kerana pintu tak berkunci. Setelah ia masuk kedalam rumah, Simullah dapati tiada siapapun didalam rumah tersebut. Setelah meninjau-ninjau seketika dilihatnya ada sebuah bilik ditengah-tengah rumah tersebut. Maka SiMullah pun menolak pintu bilik tersebut dan dilihatnya ada seorang manusia sedang duduk . SiMulah pun bertanya adakah yang sedang duduk itu Muhammad. Maka dijawab "akulah Muhammad". Maka disaat itu kenallah SiMullah pada Muhammad dengan sebenar-benar kenal. Maka disitu, banyaklah rahsia Muhammad yang dapat diketahui oleh SiMullah tadi. Rahsia yang ditemunya setelah menempuh berbagai rintangan dalam menempuh pahit maung sebuah pencarian demi mencari sebuah pengenalan yang hakiki. Rahsia sebuah teka teki yang mana dia sendiri pun tidak pernah menduga dan menyangka. Dari saat itu, hancur dan luluhlahlah hatinya dalam ratapan mengenang akan fitrah dirinya setelah mengetahui bahawa yang dicari itulah yang mencari.
Maka bebaslah SiMullah daripada dibelengu berbagai persepsi tentang Muhammad sejak dari mula dia berkelana. Segala persoalan dibenak hatinya kini telah terjawab. Maka jadilah SiMullah seorang yang paling kaya. Iaitu satu kekayaan yang berupa sebuah ketenangan jiwa yang abadi. Namun yang terhebat ialah rasa cintanya terhadap yang dicari. Benarlah saperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Cinta tanpa kenal adalah terbatas hanya dibibir, palsu dan hanya timbul dari angan-angan sahaja. Ianya akan menjadi sia-sia. Masakan cinta akan berbalas kalau kiter tidak kenal Yang Dicinta?. Kalau cinta dah berbalas, bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa. Wallahhualambissawab.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah..

zacharias berkata...

salam. visit my blog also.