Selasa, 30 Jun 2009

Perjalanan Mencari Sebuah Pengenalan Dan Cinta Hakiki.(Artikel lama yang diubahsuai semula)


Setelah berfikir sejenak inginlah SiMullah pergi meninjau-ninjau kekampung seberang untuk mendengar perkembangan terkini. Sesampainya dikampung tersebut SiMullah dapati hebohlah orang bercerita tentang Muhammad yang tinggal jauh dari kampung tersebut. Mereka bercerita tentang kebaikan seorang insan yang sangat terkenal dengan kesempurnaan akhlaknya. Maka orang kampung pun tanpa banyak soal terus percaya dan mengikut apa yang lazim dilakukan oleh Muhammad. Setelah memahami situasi dikampung itu, SiMullah pun bertikad untuk sama-sama mengikut kelakuan dan afaal rutin sehari-hari penduduk kampung tersebut. Sebermula, setelah sekian lama bermastautin disitu, terfikirlah SiMullah dalam hatinya untuk mengenal lebih dekat lagi tentang Si Muhammad itu. Hati kecilnya tidak berasa puas selagi tidak mengenal siapa itu Muhammad. Masakan dia mahu ikut ikut sahaja tanpa mengetahui akan sebab dan musababnya, fikirnya. (p/s disinilah terletaknya pakar Ilmu Fikah).
Setelah berfikir panjang maka SiMullah mengambil keputusan untuk terus mengembara mencari Muhammad. Setelah berhempas pulas merentas hutan belukar, menyeberang lautan badai dan belantara yang penuh dengan binatang-binatang buas maka sampailah SiMullah disebuah pondok kecil dipinggir hutan. Setelah memberi salam, maka ianya diajak tinggal dipondok itu buat sementara oleh seorang tua demi melepaskan lelah didalam perjalanan. Orang tua tersebut juga bercerita tentang Muhammad. Beliau menunjukkan jalan yang harus diikuti oleh SiMullah untuk sampai kerumah Muhammad.
Setelah beberapa lama menyambung perjalanannya, maka sampailah SiMullah kerumah Muhammad. Maka dilihatnya rumah itu serdahana sahaja. Ditangga ada sepasang kasut yang agak besar. Maka berfikirlah SiMullah dengan akalnya yang Muhammad ini agak besar orangnya. Diamat-amati daripada sais baju dan kain dijemuran maka tahulah Simullah yang Si Muhammad yang selalu diceritakan orang ini tinggi lampai orangnya. Dilihatnya persekitaran yang bersih maka tahulah SiMullah yang Muhammad ni bersih orangnya. SiMullah pun beredarlah dari rumah tersebut dengan hati yang gembira kerana telah lebih kenal dirinya pada Muhammad tadi. Ingin sahaja ia kembali kekampung halamannya untuk sama sama membawa berita gembira tersebut. Cukuplah pengetahuannya berkenaan dengan Muhammad tadi dengan penilaian-penilaian akal fikiran dan perbandingan-perbandingan sahaja. (p/s disini letaknya pakar ilmu usuluddin atau ilmu mantik).
Walhasil setelah berfikir seketika sedarlah ia bahawa Muhammad masih lagi belum dikenalinya dengan sebenar-benar kenal. Lantas Simullah pun naik keatas tangga lalu memberi salam. Jauh-jauh terdengar salamnya dijawab. Dia disuruh masuk kerana pintu tak berkunci. Setelah ia masuk kedalam rumah, Simullah dapati tiada siapapun didalam rumah tersebut. Setelah meninjau-ninjau seketika dilihatnya ada sebuah bilik ditengah-tengah rumah tersebut. Maka SiMullah pun menolak pintu bilik tersebut dan dilihatnya ada seorang manusia sedang duduk . SiMulah pun bertanya adakah yang sedang duduk itu Muhammad. Maka dijawab "akulah Muhammad". Maka disaat itu kenallah SiMullah pada Muhammad dengan sebenar-benar kenal. Maka disitu, banyaklah rahsia Muhammad yang dapat diketahui oleh SiMullah tadi. Rahsia yang ditemunya setelah menempuh berbagai rintangan dalam menempuh pahit maung sebuah pencarian demi mencari sebuah pengenalan yang hakiki. Rahsia sebuah teka teki yang mana dia sendiri pun tidak pernah menduga dan menyangka. Dari saat itu, hancur dan luluhlahlah hatinya dalam ratapan mengenang akan fitrah dirinya setelah mengetahui bahawa yang dicari itulah yang mencari.
Maka bebaslah SiMullah daripada dibelengu berbagai persepsi tentang Muhammad sejak dari mula dia berkelana. Segala persoalan dibenak hatinya kini telah terjawab. Maka jadilah SiMullah seorang yang paling kaya. Iaitu satu kekayaan yang berupa sebuah ketenangan jiwa yang abadi. Namun yang terhebat ialah rasa cintanya terhadap yang dicari. Benarlah saperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Cinta tanpa kenal adalah terbatas hanya dibibir, palsu dan hanya timbul dari angan-angan sahaja. Ianya akan menjadi sia-sia. Masakan cinta akan berbalas kalau kiter tidak kenal Yang Dicinta?. Kalau cinta dah berbalas, bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa. Wallahhualambissawab.

Jumaat, 26 Jun 2009

Dari Teratak Pak Kiai 9 - Kisah SiMullah Dan Pokok Rambutan.


Sebermula pada satu petang yang redup, berihatlah SiMulllah dianjung rumahnya. Bersamanya ader tiga orang sahabat yang kebetulan tidak kelaut pada petang itu. Sedang mereka berbual-bual dan bersembang-sembang sambil menikmati secawan kopi terpandanglah SiMullah pada sebatang pokok rambutan dihadapan terataknya. Pokok yang sedang berbuah masak. Maka tergeraklah SiMullah untuk menduga sejauhmanakah sahabat-sahabatnya itu melihat sesuatu dalam diri masing-masing. Maka mulalah SiMullah mengajukan suatu pertanyaan yang mudah dan biasa sahaja. "Wahai Sahabat-sahabat hamba. Apakah yang dapat kamu lihat pada pokok rambutan didepan sana?" Setelah senyap seketika maka jawablah sahabat yang pertama "Hamba dapat lihat sebatang pokok rambutan dengan daunnya yang hijau dan buahnya yang sedang ranum. Sahabat yang kedua pula menjawab"Hamba juga nampak saperti yang sahabat tadi nampak cuma hamba dapat melihat ada beberapa dahan yang telah kering dan batangnya yang sederhana besar. Sahabat yang ketiga juga menjawab seperti yang lainnya namun dia juga dapat melihat beberapa sarang sang-kerengga disebalik daun-daun yang rimbun itu dan juga sebuah timbunan busut jantan disebelah banir pokok tersebut.
Maka setelah mendengar jawapan mereka diamlah SiMullah. Arkian ditanyalah oleh sahabat yang tua apakah yang dapat dilihat oleh SiMullah. Maka jawablah SiMullah. " Bila hamba melihat pokok rambutan itu tidaklah hamba nampak daunnya, dahannya, batangnya atau buahnya. Yang hanya dapat hamba lihat adalah biji benihnya yang mula-mula ditanam oleh orang dahulu. Maka termenunglah ketiga-tiga sahabat SiMullah tadi. Ianya adalah satu jawapan yang tidak pernah mereka duga sama sekali. Maka tambah SiMullah lagi "Begitulahlah juga apa yang kita lihat kalau kiter memerahati pada diri kiter sendiri dan pada manusia lainnya".
Maka al-taksub semakin naik bingunglah ketiga-tiga sahabat tadi. Namun satu pengajaran bagi mereka adalah sememangnya kiter melihat sesuatu dari sudut dan perspektif yang berbeza. Namun dalam sekian ramai manusia diantara kiter, masih ada lagi yang manusia yang memandang sesuatu dengan mata hati dengan satu penglihatan yang menembusi waktu, ruang dan dinding-dinding hijab.
P/S Hanya Allah sahajalah tempat kiter menumpang kasih.

Sabtu, 6 Jun 2009

Disudut Jendela - Mereka Inginkan Chin Peng Pulang?

Baru-baru ni terdapat sekelumpuk rakyat Malaysia yang mahukan Chin Peng pulang keMalaysia dan diraikan sebagai seorang hero dan perjuang kemerdekaan.
Siapakah Chin Peng?
Sekretari General Parti Komunis Malaya. Berpangkat General.Slogan-slogan dan propaganda Komunis yang digunakan semasa melawan Jepun dan British juga Askar Melayu ;
1. "Untuk Kebebasan Rakyat"
2. "Suara rakyat" saperti akhbar komunisnya "Voice Of The Peoples"
3. "Kuasa Rakyat"
4. "Revolusi Rakyat"
5. Memperalatkan rasa tidak puas hati rakyat.
Tektik Perjuangan:
Fasa 1 - Guerrilla komunis menyerang estate-estate, lombong-lombong, balai polis dan pegawai-pegawai kerajaan didalam pekan-pekan kecil dan kampung-kampung terpencil. Ini memaksa British lari dan mengosongkan tempat-tempat tersebut. Ini adalah satu tektik kelasik dan pendekatan Mao Tse-tung.
Fasa 2 - Kawasan-kawasan yang ditinggalkan British diberi nama baru iaitu "Liberated Areas." atau kawasan-kawasan yang dibebaskan dalam mana base-base guerrilla komunis yang baru akan dibangunkan dan tentera komunis mula berkembang biak.
Fasa 3 - Tentera menyerang bandar-bandar, kampung-kampung dan jalan-jalan kereta api - Kemudian tentera -tentera guerrilla komunis akan menyerang tentera British dan jika perlu ianya akan dibantu oleh kekuatan Tentera China dan disokong secara moral oleh Soviet Russia.Chin Peng tidak interested untuk diberi pengampunan kerana bukan itu yang dia mahu. Dia mahu sebuah negera Malaya yang Komunis.
Melayu Bukan Bangsa Subsidi - Mari Kiter Ungkit Sejarah Silam.
Semasa Jepun memerintah, anggota Parti Kominis Malaya dilatih oleh Skuard komando British 136. Selepas saja Jepun kalah, PKM nak merebut kuasa untuk menjajah Tanah Melayu sebelum British datang kembali ke Tanah Melayu. (Disini nyatalah sifat sebenar menanguk diair keruh gulungan ini) Dimasa ini dapatlah komunist memerentah selama 13 hari. Kekejaman mereka samalah saperti kekejaman jepun. Mereka menubuhkan "perbicaraan rakyat" dan ramai anak watan bangsa kiter hilang dan dibunuh kerana dianggap tali barut Jepun dan ada yang dibunuh kerana dendam peribadi yang tiada kena mengena langsung dengan Jepun atau British. Disinilah munculnya gulungan saperti Selempang / Selendang Merah yang diketuai oleh Allahyarham Kiai Hj Salleh diJohor dan beberapa orang Kiai diPerak mempertahankan tanah air dari di"komuniskan" .
Sekarang slogan dan propaganda yang serupa digunakan oleh mereka yang mahukan Chin Peng pulang kembali sebagai hero. (Wira Komunis). Malang sekali orang Melayu yang kaya dan bergelar tengku pula yang memulakan permintaan ini. Mereka yang hidup mewah dan belajar diluar negeri kadang-kadang bersikap terlalu libral sehingga mudah dicemari dengan fahaman negative lainnya. Mereka tak pernah ambil tahu atau merasakan tangisan janda-janda yang hidup melarat dengan anak-anak tentera-tentera kiter yang mati kerana bobby trap dan serangan hendap komunis. Kiter mudah lupa dan ignorance lalu kiter dengan mudah dipergunakan oleh orang lain. Kiter juga, secara berterusan diperlemahkan oleh Melayu yang prejudis terhadap bangsa sendiri. Dimanakah baki 500000 komunis yang diberi keampunan dan sogokkan wang ringgit yang sebegitu besar oleh british semasa negara hampir merdeka sekarang berada? Kebanyakan mereka sekarang menjadi Kaya Raya dengan business network yang besar. Sesetengah lari ke Singapura. Juga menjadi kaya raya. Mereka menyerah kerana wang bukannya kerana ideologi. Siapakah yang menyimpan data-data dan rekod lama nama-nama mereka yang diberi keampunan dan disogok wang yang sebegitu banyak untuk kelaur dari hutan? USD 5000 - USD20000 semasa sebelum merdeka adalah jumlah wang yang begitu banyak. Pendapatan purata SC melayu adalah RM45 -65 sebulan pada masa itu dan orang kampung hidup melarat. Komunis dapat wang yang banyak untuk "jump start" membina kehidupan lantas menjadi kaya raya. Orang kiter masih daif dan miskin. Tidak hiranlah kalau semasa memandu, kiter lihat tanah-tanah ladang bukannya milik orang kiter. Orang kiter "survive by their own" menempuh pelbagai kepayahan dalam mencari kehidupan. Kiter bukan bangsa subsidi.


Sejarah Sang Rajuna Tapa akan berulang dimana pintu pagar istana dibuka untuk membolehkan musuh masuk menawan raja. Kiter ingat kiter libral dan tanpa sedar menolong musuh komunis buat "checkmate". Kiter hanya lihat gambar kecil hingga lupa pada gambar yang lebih besar. Seperti biasa, kiter mudah dan mula tewas dalam perang psicology yang dirancang dengan teliti oleh musuh kiter dari luar sejak sebelum mardeka lagi. Sejarah pasti berulang. Kiter perlu selalu beringat dan jangan mudah lupa diri. Kiter mesti kuat dari segi perang psicology. Ikutilah sikap dan perjuangan pahlawan-pahlawan kiter masa lampau saperti Dato Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut dan lainnya. Pemimpin pula mestilah amanah. Janganlah menjadi saperti gunting dalam lipatan. Mengkhainat bangsa sendiri. Rasuah dengan mengadai maruah diri. ugama dan bangsa. Pemimpin perlu tahu menentukan kesenambungan arah perjuangan dengan belajar dari sejarah perjuangan masa lampau.

Rabu, 3 Jun 2009

Disudut Jendela - Hantu dan Akidah


Sebermula takut hantu adalah bersalahan dengan akidah kiter orang mukmin. Janganlah hendaknya kiter diperguna-gunakan oleh iblis musuh kiter untuk menakut-nakutkan kiter dengan sewenang wenangnya. Takut bererti tewaslah kiter dengan musuh kiter itu. Kiter tewas sebelum berjuang. Kalau kiter mudah tewas disini maka mudahlah kiter dengan hasutan-hasutan lainnya.

Kalau kiter diganggu, maka seharusnya kiter ajar iblis ini cukup-cukup. Kiter cari walaupun mereka menyorok disebalik lalang sehelai. Iblis dan hantu tidak seharusnya kiter biarkan bermaharajalela mengacau dan menyusahkan umat manusia. Hantu atau dalam bahasa melayu lama dipanggil kertiak, adalah sejenis makhluk yang terjadi dari percikkan api neraka. Bila terserempak dengan orang mukmin, mereka sepatutnya berasa bahang dan cabut.

Arkian, kalau kita terserempak dengan makhluk ini, kita haruslah hapuskan mereka tanpa memberi ampun lagi. Tiada kuasa walau sebesar zaharah sekali pun kecuali kuasa Allah Azzawajjala.

Ilmu hantu raya dan jin lainnya haruslah dijauhi. Kalau ada orang-orang tua yang dah lanjut usia hendak memberi kita sesuatu "barang" maka janganlah kiter terus setuju. Kalau kiter hendak diajar dengan mentera atau "pre-command untuk mengapplikasikan sesuatu tindakan" maka jauhkan dengan menggunakan nama seperti "hong" "si bintik" "si rangga rani" atau sebagainya kerana nama yang tak jelas akhirnya akan membawa padah dan penderitaan yang abadi kepada mereka yang terlibat memperhambakan diri pada iblis tersebut.
Sebenarnya hanya Allah lah sahaja tempat penyerahan yang hakiki dan mutlak. Takut hantu juga membuat bangsa kiter mundur dan takut untuk menghadapi cabaran dan rintangan masa hadapan sebagai satu bangsa yang dinamik. Takut hantu juga hanya membuat minda kiter terpenjara dan dijajah oleh Iblis Laknatullah. Jadi, dari saat, masa dan ketika ini marilah kita berubah dari takut kepada berani.