Jumaat, 16 Oktober 2009

Kisah SiMullah Dengan Raja



Sebermula setelah sekian lama berehat-rehat dianjung seri, terkenanglah SiMullah akan Rajanya.


SiMullah memang akrab dengan Rajanya. Namun begitu dia tidak pernah meminta apa-apa dari Rajanya. Ketika diistana, SiMullah duduk bersama-sama dengan pembesar-pembesar istana lainnya. SiMullah tidak tahu apakah yang mahu dimintanya walaupun dia tahu bahawa permintaannya akan diperkenankan langsung oleh Rajanya. Baginya cukuplah hanya dapat bersama-sama berada disisi Rajanya itu sudah cukup membahagiakan hatinya. Yang SiMullah tahu hanyalah memberi sahaja walaupun pemberiannya tidak diperlukan oleh Rajanya.
Sedang asyik meneliti dirinya, tiba-tiba datanglah seorang utusan dari istana bertanya khabar pada SiMullah. SiMulah tahu tentulah ada sesuatu yang hendak dikhabarkan oleh utusan istana itu. Utusan dari istana itu bertanyakan SiMulah mengapakah tidak meminta apa-apa pada Rajanya. Maka dijawab oleh SiMullah yang dirinya sudah kaya . Walaupun dia miskin harta namun kekayaan dalam bentuk hati yang tenang itulah satu-satu hartanya. Terutama ketenangan hakiki semasa beliau berada disisi Rajanya.
Untuk tidak nanti dikatakan sombong maka pada suatu hari SiMullah pun cubalah meminita sesuatu dari Rajanya. Maka segala permintaan SiMulah itu dimakbulkan oleh Raja. Maka gembiralah SiMullah tadi walaupun beliau tahu yang permintaan-permintaan tersebut bukannya untuk diri beliau sendiri tetapi untuk kawan-kawan dan sahabat handainya.
Maka SiMulah tetaplah saperti biasa. Iaitu seorang Mullah yang tak punya apa-apa.

Tiada ulasan: