Sabtu, 14 Mac 2009

Disudut Jendela - Bersatulah Wahai Bangsaku


Sekarang ni bangsa kiter sedang menghadapi krisis identiti. Penderhakaan kepada raja-raja sudah menjadi-jadi. Adab sopan dan akhlak sudah semakin tercemar . Menghurmati orang tua telah menjadi sejarah silam. Kiter semakin biadap. Kiter menjadi semakin ego dan individualistik. Kita dah jadi tak amanah dan rasuah. Kiter jadi buas dek nafsu serakah. Kiter dah hilang nilai-nilai murni dan keluhuran budi. Dosa dan pahala kiter dah tak peduli. Kiter suka menjajah bangsa sendiri. Kiter lupa untuk membebaskan minda bangsa sendiri. Bangsa kita sekarang sukar untuk menerima keritikan dengan berlapang dada. Kiter lebih suka menghakim orang itu dan orang ini salah tanpa kiter sedari yang Allahlah Yang Sebenar-Benar Hakim. Kiter lebih sayangkan orang lain. Bangsa kiter tak semena-mena dah di"arab"kan dan di"barat"kan. Kiter sangka segala yang berasal dari arab dan barat itu semuanya baik. Kiter berhadapan dengan inferiority complex didalam diri yang amat luar biasa. Kiter tercabar. Kiter kehilangan identiti dan jatidiri. Kiter seolah-olah masih dijajah. Kiter mudah diperguna-gunakan oleh bangsa lain untuk kepentingan peribadi dan politik mereka kerana mereka tahu dan pakar tentang kelemahan kita. Marilah kiter berbalik pada nilai-nilai murni dan peradaban luhur bangsa sendiri. Yang penting sekali ialah .
Wahai Orang Melayu, hentikan prejudis terhadap bangsa sendiri. Hentikan prejudis pada diri sendiri kerana kiter boleh bersatu, bersih dan bergerak kehadapan dengan pantas dan dinamik.

1 ulasan:

peacebuy berkata...

Salam,

Sungguh hiba saya membaca artikel ini. Usaha Pak Ashari membuka blog ini adalah juga tidak jauh dari dasar-dasar saya membuka blog saya. Saya berdoa agar tuan dan keluarga senantiasa di bawah lindungan Allah s.w.t agar blog ini dapat mencapai matlamat yang dihajati.
peacebuy
gempamelayu.com