Ahad, 5 Mei 2013

Ini Bukan Blog Politik (Penulis adalah Anti-Politician Walau Dari Apa Parti Sekalipun)

Harap maklum- Tamingsari, Penulis Blog ini  adalah seorang yang bebas dari apa-apa idologi dan kongkongan politik. Kebebasan Minda adalah hak mutlak pernulis. Sila keluar jika anda adalah penyokong mana-mana parti politik. Tujuan Blog ini adalah antara lain, memburu saki-saki kommunis dan talibarut mereka yang telah melakukan jenayah-jenayah kejam terhadap orang Melayu / Islam  - Tamingsari

Komunis Di Dipulau Pinang dan Gelang Patah- Apakah Sejarah Berulang?

 
Lim Kiat Siang - Komunis hanya melatak senjata bukan Idologi

Khamis, 1 November 2012

Forum Bicara Sufi dan Makrifah

Asalammualaikum. Tuan-Tuan, Para Pelawat, Dagang dan Santri dipersilakan berbicara didalam  Forum Bicara Sufi dan Makrifah GKKSM dipautan dibawah.

http://forum-sufi-dan-makrifah.5385.n7.nabble.com


Berbicaralah dengan baik-baik yer...Insyaallah peroleh berkah dari Allah Azzawajalla, Tuhan Rabbul Jalal.

Rabu, 15 September 2010

Pengumuman - Penubuhan Gagasan Kiai-Kiai Melayu Malaysia

Penubuhan Gagasan Kiai-Kiai Melayu Malaysia, GKKMM.
Asalammualaikum
Tuan-tuan dan sahabat handai semuanya dijemput membuat link disini bagi menjayakan Gagasan Kiai-Kiai Melayu Malaysia.
Untuk menjadi ahli ada 2 cara. 1. Jadi Follower atau 2. Copy dan Paste link Tuan-Tuan di-Shout Box dalam  blog ini dan Insyaalah hamba akan linkkan Blog atau WEB suadara-saudara didalam blog ini:
Cuma tuliskah "permohonan untuk menjadi Ahli GKKMM".
Bagi saudara-saudara yang tak punya blogs, tuliskan nama untuk mengexccses facebook anda.
Hamba akan melayari blog atau facebook anda untuk menilai pra-kelayakan anda sama ada mempunyai potensi untuk bersama-sama berkecimpung dengan para Kiai-Kiai di GKKMM.
Strategi seterusnya ialah, kita akan:
1. Buat sementara waktu, menyenaraikan link-link dan nama-nama saudara dalam Blog ini sebagai ahli.
2. Mengadakan perjumpaan pertama untuk melantik AJK-AJK Cawangan.
3. Memulakan mesyuarat pertama dan menentukan model dan ajenda perjuangan dimasa hadapan.
4. Meregisterkan Gagasan (jika perlu)

Syarat-syarat untuk menjadi ahli:
1. Melayu
2. Islam
3.Ada kemahiran dalam sebarang bidang mempertahankan diri (optional)
4. Atau "berminat"
5. Atas pagar (penting dalam membuat keputusan yang bersih, murni dan neutral berlandaskan konsep Islam sejati bersesuaian dengan Personaliti dan Integeriti para Kiai dalam GKKMM demi memperjuangkan kesucian Islam yang masih lagi terpelihara secara tradisi)
6. Rela berjuang untuk menjadi bersih,lurus,ikhlas dan bersikap positif. (cabaran yang sukar)
7. Kelulusan Akedemik tidak perlu.
8. Tidak pandai membaca Quraan - tidak mengapa.
9. Tidak tahu menulis dan membaca jawi - tak mengapa.
10. Umur - tidak diambil kira.


Pendaftaran - percuma.

Sekian Terima Kasih,
Asalammualaikum.
Penulis Tamingsari Warisan Melayu

Melayu Masih Terus Dihina (Abuse on Malays Still Continue)



Datuk Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah mereka juga melalui detik ngeri diseksa, dalam keadaan tangan yang diikat mereka dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Mereka juga di pukul hingga hancur menggunakan kayu keras dan pisau sabit kelapa sebelum mayat dibakar dan dibuang ke dalam sungai. Mereka juga menghancurkan abu mayat supaya tiada bukti dapat dikesan.

Rabu, 28 Oktober 2009

Blog ni akan hamba tutup buat sementara waktu

Terima kasih kerana sudi melawat ke teratak hamba. Teratak ini akan ditutup tak berapa lama lagi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terima kasih dan agar sentiasa didalam redha Allah semasa berkelana didalam sebuah pencarian demi menuju tempat tujuan.
Sesunguhnya kehidupan adalah sebuah teka teki yang halus dan abstract serta sulit untuk dihuraikan. Dalam mencari jawapan siapakah kita, dari mana kita datang dan kemana kita nak tuju terbukti bahawa segala kata-kata yang baharu sifatnya tidak lagi berguna. Kita tengelam dialam rasa. Wallahhualam bissawab.
Teratak hamba ini akan tidak berpenghuni untuk seberapa ketika. Namun silalah melawat sekali sekala untuk dagang dan senteri menghilangkan dahaga.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kisah SiMullah Dengan Raja



Sebermula setelah sekian lama berehat-rehat dianjung seri, terkenanglah SiMullah akan Rajanya.


SiMullah memang akrab dengan Rajanya. Namun begitu dia tidak pernah meminta apa-apa dari Rajanya. Ketika diistana, SiMullah duduk bersama-sama dengan pembesar-pembesar istana lainnya. SiMullah tidak tahu apakah yang mahu dimintanya walaupun dia tahu bahawa permintaannya akan diperkenankan langsung oleh Rajanya. Baginya cukuplah hanya dapat bersama-sama berada disisi Rajanya itu sudah cukup membahagiakan hatinya. Yang SiMullah tahu hanyalah memberi sahaja walaupun pemberiannya tidak diperlukan oleh Rajanya.
Sedang asyik meneliti dirinya, tiba-tiba datanglah seorang utusan dari istana bertanya khabar pada SiMullah. SiMulah tahu tentulah ada sesuatu yang hendak dikhabarkan oleh utusan istana itu. Utusan dari istana itu bertanyakan SiMulah mengapakah tidak meminta apa-apa pada Rajanya. Maka dijawab oleh SiMullah yang dirinya sudah kaya . Walaupun dia miskin harta namun kekayaan dalam bentuk hati yang tenang itulah satu-satu hartanya. Terutama ketenangan hakiki semasa beliau berada disisi Rajanya.
Untuk tidak nanti dikatakan sombong maka pada suatu hari SiMullah pun cubalah meminita sesuatu dari Rajanya. Maka segala permintaan SiMulah itu dimakbulkan oleh Raja. Maka gembiralah SiMullah tadi walaupun beliau tahu yang permintaan-permintaan tersebut bukannya untuk diri beliau sendiri tetapi untuk kawan-kawan dan sahabat handainya.
Maka SiMulah tetaplah saperti biasa. Iaitu seorang Mullah yang tak punya apa-apa.

Selasa, 30 Jun 2009

Perjalanan Mencari Sebuah Pengenalan Dan Cinta Hakiki.(Artikel lama yang diubahsuai semula)


Setelah berfikir sejenak inginlah SiMullah pergi meninjau-ninjau kekampung seberang untuk mendengar perkembangan terkini. Sesampainya dikampung tersebut SiMullah dapati hebohlah orang bercerita tentang Muhammad yang tinggal jauh dari kampung tersebut. Mereka bercerita tentang kebaikan seorang insan yang sangat terkenal dengan kesempurnaan akhlaknya. Maka orang kampung pun tanpa banyak soal terus percaya dan mengikut apa yang lazim dilakukan oleh Muhammad. Setelah memahami situasi dikampung itu, SiMullah pun bertikad untuk sama-sama mengikut kelakuan dan afaal rutin sehari-hari penduduk kampung tersebut. Sebermula, setelah sekian lama bermastautin disitu, terfikirlah SiMullah dalam hatinya untuk mengenal lebih dekat lagi tentang Si Muhammad itu. Hati kecilnya tidak berasa puas selagi tidak mengenal siapa itu Muhammad. Masakan dia mahu ikut ikut sahaja tanpa mengetahui akan sebab dan musababnya, fikirnya. (p/s disinilah terletaknya pakar Ilmu Fikah).
Setelah berfikir panjang maka SiMullah mengambil keputusan untuk terus mengembara mencari Muhammad. Setelah berhempas pulas merentas hutan belukar, menyeberang lautan badai dan belantara yang penuh dengan binatang-binatang buas maka sampailah SiMullah disebuah pondok kecil dipinggir hutan. Setelah memberi salam, maka ianya diajak tinggal dipondok itu buat sementara oleh seorang tua demi melepaskan lelah didalam perjalanan. Orang tua tersebut juga bercerita tentang Muhammad. Beliau menunjukkan jalan yang harus diikuti oleh SiMullah untuk sampai kerumah Muhammad.
Setelah beberapa lama menyambung perjalanannya, maka sampailah SiMullah kerumah Muhammad. Maka dilihatnya rumah itu serdahana sahaja. Ditangga ada sepasang kasut yang agak besar. Maka berfikirlah SiMullah dengan akalnya yang Muhammad ini agak besar orangnya. Diamat-amati daripada sais baju dan kain dijemuran maka tahulah Simullah yang Si Muhammad yang selalu diceritakan orang ini tinggi lampai orangnya. Dilihatnya persekitaran yang bersih maka tahulah SiMullah yang Muhammad ni bersih orangnya. SiMullah pun beredarlah dari rumah tersebut dengan hati yang gembira kerana telah lebih kenal dirinya pada Muhammad tadi. Ingin sahaja ia kembali kekampung halamannya untuk sama sama membawa berita gembira tersebut. Cukuplah pengetahuannya berkenaan dengan Muhammad tadi dengan penilaian-penilaian akal fikiran dan perbandingan-perbandingan sahaja. (p/s disini letaknya pakar ilmu usuluddin atau ilmu mantik).
Walhasil setelah berfikir seketika sedarlah ia bahawa Muhammad masih lagi belum dikenalinya dengan sebenar-benar kenal. Lantas Simullah pun naik keatas tangga lalu memberi salam. Jauh-jauh terdengar salamnya dijawab. Dia disuruh masuk kerana pintu tak berkunci. Setelah ia masuk kedalam rumah, Simullah dapati tiada siapapun didalam rumah tersebut. Setelah meninjau-ninjau seketika dilihatnya ada sebuah bilik ditengah-tengah rumah tersebut. Maka SiMullah pun menolak pintu bilik tersebut dan dilihatnya ada seorang manusia sedang duduk . SiMulah pun bertanya adakah yang sedang duduk itu Muhammad. Maka dijawab "akulah Muhammad". Maka disaat itu kenallah SiMullah pada Muhammad dengan sebenar-benar kenal. Maka disitu, banyaklah rahsia Muhammad yang dapat diketahui oleh SiMullah tadi. Rahsia yang ditemunya setelah menempuh berbagai rintangan dalam menempuh pahit maung sebuah pencarian demi mencari sebuah pengenalan yang hakiki. Rahsia sebuah teka teki yang mana dia sendiri pun tidak pernah menduga dan menyangka. Dari saat itu, hancur dan luluhlahlah hatinya dalam ratapan mengenang akan fitrah dirinya setelah mengetahui bahawa yang dicari itulah yang mencari.
Maka bebaslah SiMullah daripada dibelengu berbagai persepsi tentang Muhammad sejak dari mula dia berkelana. Segala persoalan dibenak hatinya kini telah terjawab. Maka jadilah SiMullah seorang yang paling kaya. Iaitu satu kekayaan yang berupa sebuah ketenangan jiwa yang abadi. Namun yang terhebat ialah rasa cintanya terhadap yang dicari. Benarlah saperti kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Cinta tanpa kenal adalah terbatas hanya dibibir, palsu dan hanya timbul dari angan-angan sahaja. Ianya akan menjadi sia-sia. Masakan cinta akan berbalas kalau kiter tidak kenal Yang Dicinta?. Kalau cinta dah berbalas, bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa. Wallahhualambissawab.

Jumaat, 26 Jun 2009

Dari Teratak Pak Kiai 9 - Kisah SiMullah Dan Pokok Rambutan.


Sebermula pada satu petang yang redup, berihatlah SiMulllah dianjung rumahnya. Bersamanya ader tiga orang sahabat yang kebetulan tidak kelaut pada petang itu. Sedang mereka berbual-bual dan bersembang-sembang sambil menikmati secawan kopi terpandanglah SiMullah pada sebatang pokok rambutan dihadapan terataknya. Pokok yang sedang berbuah masak. Maka tergeraklah SiMullah untuk menduga sejauhmanakah sahabat-sahabatnya itu melihat sesuatu dalam diri masing-masing. Maka mulalah SiMullah mengajukan suatu pertanyaan yang mudah dan biasa sahaja. "Wahai Sahabat-sahabat hamba. Apakah yang dapat kamu lihat pada pokok rambutan didepan sana?" Setelah senyap seketika maka jawablah sahabat yang pertama "Hamba dapat lihat sebatang pokok rambutan dengan daunnya yang hijau dan buahnya yang sedang ranum. Sahabat yang kedua pula menjawab"Hamba juga nampak saperti yang sahabat tadi nampak cuma hamba dapat melihat ada beberapa dahan yang telah kering dan batangnya yang sederhana besar. Sahabat yang ketiga juga menjawab seperti yang lainnya namun dia juga dapat melihat beberapa sarang sang-kerengga disebalik daun-daun yang rimbun itu dan juga sebuah timbunan busut jantan disebelah banir pokok tersebut.
Maka setelah mendengar jawapan mereka diamlah SiMullah. Arkian ditanyalah oleh sahabat yang tua apakah yang dapat dilihat oleh SiMullah. Maka jawablah SiMullah. " Bila hamba melihat pokok rambutan itu tidaklah hamba nampak daunnya, dahannya, batangnya atau buahnya. Yang hanya dapat hamba lihat adalah biji benihnya yang mula-mula ditanam oleh orang dahulu. Maka termenunglah ketiga-tiga sahabat SiMullah tadi. Ianya adalah satu jawapan yang tidak pernah mereka duga sama sekali. Maka tambah SiMullah lagi "Begitulahlah juga apa yang kita lihat kalau kiter memerahati pada diri kiter sendiri dan pada manusia lainnya".
Maka al-taksub semakin naik bingunglah ketiga-tiga sahabat tadi. Namun satu pengajaran bagi mereka adalah sememangnya kiter melihat sesuatu dari sudut dan perspektif yang berbeza. Namun dalam sekian ramai manusia diantara kiter, masih ada lagi yang manusia yang memandang sesuatu dengan mata hati dengan satu penglihatan yang menembusi waktu, ruang dan dinding-dinding hijab.
P/S Hanya Allah sahajalah tempat kiter menumpang kasih.

Sabtu, 6 Jun 2009

Disudut Jendela - Mereka Inginkan Chin Peng Pulang?

Baru-baru ni terdapat sekelumpuk rakyat Malaysia yang mahukan Chin Peng pulang keMalaysia dan diraikan sebagai seorang hero dan perjuang kemerdekaan.
Siapakah Chin Peng?
Sekretari General Parti Komunis Malaya. Berpangkat General.Slogan-slogan dan propaganda Komunis yang digunakan semasa melawan Jepun dan British juga Askar Melayu ;
1. "Untuk Kebebasan Rakyat"
2. "Suara rakyat" saperti akhbar komunisnya "Voice Of The Peoples"
3. "Kuasa Rakyat"
4. "Revolusi Rakyat"
5. Memperalatkan rasa tidak puas hati rakyat.
Tektik Perjuangan:
Fasa 1 - Guerrilla komunis menyerang estate-estate, lombong-lombong, balai polis dan pegawai-pegawai kerajaan didalam pekan-pekan kecil dan kampung-kampung terpencil. Ini memaksa British lari dan mengosongkan tempat-tempat tersebut. Ini adalah satu tektik kelasik dan pendekatan Mao Tse-tung.
Fasa 2 - Kawasan-kawasan yang ditinggalkan British diberi nama baru iaitu "Liberated Areas." atau kawasan-kawasan yang dibebaskan dalam mana base-base guerrilla komunis yang baru akan dibangunkan dan tentera komunis mula berkembang biak.
Fasa 3 - Tentera menyerang bandar-bandar, kampung-kampung dan jalan-jalan kereta api - Kemudian tentera -tentera guerrilla komunis akan menyerang tentera British dan jika perlu ianya akan dibantu oleh kekuatan Tentera China dan disokong secara moral oleh Soviet Russia.Chin Peng tidak interested untuk diberi pengampunan kerana bukan itu yang dia mahu. Dia mahu sebuah negera Malaya yang Komunis.
Melayu Bukan Bangsa Subsidi - Mari Kiter Ungkit Sejarah Silam.
Semasa Jepun memerintah, anggota Parti Kominis Malaya dilatih oleh Skuard komando British 136. Selepas saja Jepun kalah, PKM nak merebut kuasa untuk menjajah Tanah Melayu sebelum British datang kembali ke Tanah Melayu. (Disini nyatalah sifat sebenar menanguk diair keruh gulungan ini) Dimasa ini dapatlah komunist memerentah selama 13 hari. Kekejaman mereka samalah saperti kekejaman jepun. Mereka menubuhkan "perbicaraan rakyat" dan ramai anak watan bangsa kiter hilang dan dibunuh kerana dianggap tali barut Jepun dan ada yang dibunuh kerana dendam peribadi yang tiada kena mengena langsung dengan Jepun atau British. Disinilah munculnya gulungan saperti Selempang / Selendang Merah yang diketuai oleh Allahyarham Kiai Hj Salleh diJohor dan beberapa orang Kiai diPerak mempertahankan tanah air dari di"komuniskan" .
Sekarang slogan dan propaganda yang serupa digunakan oleh mereka yang mahukan Chin Peng pulang kembali sebagai hero. (Wira Komunis). Malang sekali orang Melayu yang kaya dan bergelar tengku pula yang memulakan permintaan ini. Mereka yang hidup mewah dan belajar diluar negeri kadang-kadang bersikap terlalu libral sehingga mudah dicemari dengan fahaman negative lainnya. Mereka tak pernah ambil tahu atau merasakan tangisan janda-janda yang hidup melarat dengan anak-anak tentera-tentera kiter yang mati kerana bobby trap dan serangan hendap komunis. Kiter mudah lupa dan ignorance lalu kiter dengan mudah dipergunakan oleh orang lain. Kiter juga, secara berterusan diperlemahkan oleh Melayu yang prejudis terhadap bangsa sendiri. Dimanakah baki 500000 komunis yang diberi keampunan dan sogokkan wang ringgit yang sebegitu besar oleh british semasa negara hampir merdeka sekarang berada? Kebanyakan mereka sekarang menjadi Kaya Raya dengan business network yang besar. Sesetengah lari ke Singapura. Juga menjadi kaya raya. Mereka menyerah kerana wang bukannya kerana ideologi. Siapakah yang menyimpan data-data dan rekod lama nama-nama mereka yang diberi keampunan dan disogok wang yang sebegitu banyak untuk kelaur dari hutan? USD 5000 - USD20000 semasa sebelum merdeka adalah jumlah wang yang begitu banyak. Pendapatan purata SC melayu adalah RM45 -65 sebulan pada masa itu dan orang kampung hidup melarat. Komunis dapat wang yang banyak untuk "jump start" membina kehidupan lantas menjadi kaya raya. Orang kiter masih daif dan miskin. Tidak hiranlah kalau semasa memandu, kiter lihat tanah-tanah ladang bukannya milik orang kiter. Orang kiter "survive by their own" menempuh pelbagai kepayahan dalam mencari kehidupan. Kiter bukan bangsa subsidi.


Sejarah Sang Rajuna Tapa akan berulang dimana pintu pagar istana dibuka untuk membolehkan musuh masuk menawan raja. Kiter ingat kiter libral dan tanpa sedar menolong musuh komunis buat "checkmate". Kiter hanya lihat gambar kecil hingga lupa pada gambar yang lebih besar. Seperti biasa, kiter mudah dan mula tewas dalam perang psicology yang dirancang dengan teliti oleh musuh kiter dari luar sejak sebelum mardeka lagi. Sejarah pasti berulang. Kiter perlu selalu beringat dan jangan mudah lupa diri. Kiter mesti kuat dari segi perang psicology. Ikutilah sikap dan perjuangan pahlawan-pahlawan kiter masa lampau saperti Dato Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut dan lainnya. Pemimpin pula mestilah amanah. Janganlah menjadi saperti gunting dalam lipatan. Mengkhainat bangsa sendiri. Rasuah dengan mengadai maruah diri. ugama dan bangsa. Pemimpin perlu tahu menentukan kesenambungan arah perjuangan dengan belajar dari sejarah perjuangan masa lampau.

Rabu, 3 Jun 2009

Disudut Jendela - Hantu dan Akidah


Sebermula takut hantu adalah bersalahan dengan akidah kiter orang mukmin. Janganlah hendaknya kiter diperguna-gunakan oleh iblis musuh kiter untuk menakut-nakutkan kiter dengan sewenang wenangnya. Takut bererti tewaslah kiter dengan musuh kiter itu. Kiter tewas sebelum berjuang. Kalau kiter mudah tewas disini maka mudahlah kiter dengan hasutan-hasutan lainnya.

Kalau kiter diganggu, maka seharusnya kiter ajar iblis ini cukup-cukup. Kiter cari walaupun mereka menyorok disebalik lalang sehelai. Iblis dan hantu tidak seharusnya kiter biarkan bermaharajalela mengacau dan menyusahkan umat manusia. Hantu atau dalam bahasa melayu lama dipanggil kertiak, adalah sejenis makhluk yang terjadi dari percikkan api neraka. Bila terserempak dengan orang mukmin, mereka sepatutnya berasa bahang dan cabut.

Arkian, kalau kita terserempak dengan makhluk ini, kita haruslah hapuskan mereka tanpa memberi ampun lagi. Tiada kuasa walau sebesar zaharah sekali pun kecuali kuasa Allah Azzawajjala.

Ilmu hantu raya dan jin lainnya haruslah dijauhi. Kalau ada orang-orang tua yang dah lanjut usia hendak memberi kita sesuatu "barang" maka janganlah kiter terus setuju. Kalau kiter hendak diajar dengan mentera atau "pre-command untuk mengapplikasikan sesuatu tindakan" maka jauhkan dengan menggunakan nama seperti "hong" "si bintik" "si rangga rani" atau sebagainya kerana nama yang tak jelas akhirnya akan membawa padah dan penderitaan yang abadi kepada mereka yang terlibat memperhambakan diri pada iblis tersebut.
Sebenarnya hanya Allah lah sahaja tempat penyerahan yang hakiki dan mutlak. Takut hantu juga membuat bangsa kiter mundur dan takut untuk menghadapi cabaran dan rintangan masa hadapan sebagai satu bangsa yang dinamik. Takut hantu juga hanya membuat minda kiter terpenjara dan dijajah oleh Iblis Laknatullah. Jadi, dari saat, masa dan ketika ini marilah kita berubah dari takut kepada berani.

Isnin, 18 Mei 2009

Disudut Jendela - Perihal Harimau


Sebermula cerita tentang harimau ini ada banyak versi. Salah satu versi adalah kisah harimau cenakau . Kisah berkenaan harimau ini bermula ditanah seberang. Ada sekelumpuk masyarakat orang asli disana yang mengamalkan kanibalism secara mistik. Mereka memperdaya orang ramai dengan pergi merayau-rayau kepasar. Mereka mempunyai sejenis bau yang ganjil. Apabila seseorang itu menegur bau mereka, dengan tak semena-mena akan menjadi hilang ingatan lalu terus mengikut mereka masuk kehutan tanpa sedar. Sampai ditengah hutan mereka akan dimakannya. Hanya yang ditinggalkan untuk dibuat sebagai tanda adalah sebatang jari kelengkeng simangsa sahaja.
Bagi yang mahir tentang ilmu kejadian harimau ini pula, menurut pengajian mereka, asal harimau adalah daripada anak saidina ali. Mula-mula harimau berjalan tegak. Oleh kerana melanggar pantang dan sumpah memakan manusia, ia dipukul oleh sydina ali dangan tongkatnya lalu patahlah pingangnya. Berjalan ia dengan merangkak dan jadilah ia seperti sekarang. Pengatahuan ini digunakan oleh mereka yang ingin menundukkan pak belang ni. Kuatnya harimau adalah bergantung pada tiga helai bulu yang terletak diatas keningnya. Kalu didirikan bulu-bulu ni semasa merenung kita maka dengan tak semena-mena lutut kiter menjadi lembik dan kita akan terjelepuk jatuh ketanah. Kalau dicabut salah satu dari bulu keningnya maka hilanglah rezekinya dan makannya pula tiga bulan baru sekali. Begitulah seterusnya. Maka meranalah kawan kiter tu. Kesian pulak kiter nanti kat pak belang ni. Kebulur. Ini adalah menurut sesetengah keprecayaan sahaja. Bukannya harus diterimapakai buat kiter. Anggaplah ianya hanya sebuah cerita sahaja.

Selasa, 24 Mac 2009

Dari teratak Pak Kiai 8 - Perihal Penjara Diri (Sambungan)


Sebermula, dengan kasih sayanglah kiter ditempatkan didalam kandung ibu selama sembilan bulan sepuluh hari. Maka disaat ini bermulalah sebuah perjalanan. Kita pun terperangkap didalam sebuah penjara. Penjara kandungan ibu. Disitu terdapat banyaklah alat dan perkakas diberi untuk menolong kiter supaya kiter dapat menjalani kehidupan dalam rahim ibu dengan sampurna seperti, uri, tembuni, tentuban, darah, kudus, kidam, kempas dan derjak. Setelah lahir, kiter punya rupa sendiri. Kiter diberi nama. Maka bermulalah perjalanan kiter dialam penjara kedua iaitu alam dunia. Dialam ini, ibu dan bapalah yang menjaga kiter. Kiter sering tergamam. Kiter terpenjara dalam dukungan ibu dan bapa. Kiter kehilangan sesuatu. Kiter tercari-cari. Kiter bertanya itu dan ini. Kiter sudah lupa asal kiter. Setelah sekian lama, kiter keluar dari penjara tersebut dan masuk pula kedalam penjara alam persekolahan. Setelah keluar, kiter seterusnya masuk pula kedalam penjara alam perkerjaan. Semasa didalam penjara ini, kadang kala kiter terpenjara pula didalam penjara politik. Semakin taksub kiter, semakin dalam dan gelaplah penjara kiter tadi. Kalau kiter terlupa, jadilah kita fanatik. Kita terpenjara diatas kepercayaan dalam persepsi fanatik kiter.

Maka sebenarnya kiterlah yang membina dan menempatkan diri kedalam penjara-penjara yang kiter buat sendiri. Penjara-penjara yang pintunya berlapis-lapis. Setelah itu kita masuk pula kepenjara alam tua dimana kita terperangkap pula didalam penjara kesakitan, kedinginan dan kesepian. Disaat kita mahu berpulang kerahmatullah, kiter tak berdaya lagi membebaskan diri dan minda kiter keluar dari penjara yang berlapis-lapis itu. Kita dah tak nampak lagi dimanakah pintu-pintu penjara tersebut. Kiter tertipu. Malangnya tiada seorang pun datang membantu kiter keluar dari penjara tadi. Para ulama, ustaz dan ibu bapa kiter pun tidak berupaya membantu kiter. Disaat itu, seperti yang selalu dikiaskan oleh yang ariffin bahawasanya kematian itu sakitnya saperti menarik seekor lembu masuk kedalam sebuah lubang jarum yang kecil. Maka renungkanlah wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Bagaimanakah hendak kiter menghulur tangan menolong mereka yang masih terbelengu didalam penjara kalau kita sama-sama berada didalam nya? Maka keluarlah dan bebaskanlah diri sendiri. Kibarkanlah bendera kemerdekaan dalam kegemilangan yang hakiki. Bukankah kebebasan dan kemerdekaan itu umpama sebuah matahari yang bersinar terang. Sinar yang menyilaukan mata dan menerangi seluruh pelusuk alam. Sinarkanlah hati dan minda dengan sinaran iman yang yang maha hebat. Semuga selamat dan didalam keredehaan Allahllah hendaknya tuan puan, abang adik, kakak kakak, emak-emak dan bapak-bapak dari dunia sampai akhirat. Amin ya rabbul 'alamin

Ahad, 22 Mac 2009

Dari Teratak Pak Kiai 7 - Perihal Penjara Diri.


Setelah merenung sejenak kedalam diri maka kiter pun tertanya-tanya siapakah diri kiter sebenarnya dan apakah tujuan kiter lahir didunia yang fana ini. Sememangnyalah dunia ini fana. Kiter fana dan terlena dalam kenikmatan duniawi. Dunia dihiasi dengan hiasan-hiasan yang sangat indah. Bukit bukau, gunung ganang, lautan luas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan juga manusia lelaki dan perempuan. Kiter dibekalkan dengan sebuah pedoman berupa Alquraan supaya dapat meniti sebuah kehidupan dunia anugrah Yang Maha Esa dengan selamat demi menuju kealam akhirat.
Maka seharusnyalah kiter berakhlak dan berbudi luhur, berhati bersih serta berkasih sayang sesama ummat juga makhluk lainnya dialam kun fayakun ini. Begitulah tujuan dunia ini dijadikan. Ianya adalah untuk Ummat. Maka kiter gunakanlah dengan benar, bersih dan lurus. Kalau kiter membuat onar dan cela didalamnya, kita sebenar melawan fitrah kejadian diri kiter sendiri. Kiter melawan fitrah kejadian alam dan diri tanpa kiter sedar. Kita lupa yang kita pasti akhirnya akan tewas dan gagal kerana fitrah manusia itu adalah suci, murni dan hakiki. Ego, taksub dan fanatik kiter telah menipu diri dan hati kecil kiter sendiri dan akhirnya kiter berdosa. Kesedaran sudah pupus. Pelita hati sudah dipadamkan oleh akhlak buruk, cemar dan cela tanpa kiter sedar.