Isnin, 18 Mei 2009

Disudut Jendela - Perihal Harimau


Sebermula cerita tentang harimau ini ada banyak versi. Salah satu versi adalah kisah harimau cenakau . Kisah berkenaan harimau ini bermula ditanah seberang. Ada sekelumpuk masyarakat orang asli disana yang mengamalkan kanibalism secara mistik. Mereka memperdaya orang ramai dengan pergi merayau-rayau kepasar. Mereka mempunyai sejenis bau yang ganjil. Apabila seseorang itu menegur bau mereka, dengan tak semena-mena akan menjadi hilang ingatan lalu terus mengikut mereka masuk kehutan tanpa sedar. Sampai ditengah hutan mereka akan dimakannya. Hanya yang ditinggalkan untuk dibuat sebagai tanda adalah sebatang jari kelengkeng simangsa sahaja.
Bagi yang mahir tentang ilmu kejadian harimau ini pula, menurut pengajian mereka, asal harimau adalah daripada anak saidina ali. Mula-mula harimau berjalan tegak. Oleh kerana melanggar pantang dan sumpah memakan manusia, ia dipukul oleh sydina ali dangan tongkatnya lalu patahlah pingangnya. Berjalan ia dengan merangkak dan jadilah ia seperti sekarang. Pengatahuan ini digunakan oleh mereka yang ingin menundukkan pak belang ni. Kuatnya harimau adalah bergantung pada tiga helai bulu yang terletak diatas keningnya. Kalu didirikan bulu-bulu ni semasa merenung kita maka dengan tak semena-mena lutut kiter menjadi lembik dan kita akan terjelepuk jatuh ketanah. Kalau dicabut salah satu dari bulu keningnya maka hilanglah rezekinya dan makannya pula tiga bulan baru sekali. Begitulah seterusnya. Maka meranalah kawan kiter tu. Kesian pulak kiter nanti kat pak belang ni. Kebulur. Ini adalah menurut sesetengah keprecayaan sahaja. Bukannya harus diterimapakai buat kiter. Anggaplah ianya hanya sebuah cerita sahaja.

1 ulasan:

Peacebuy berkata...

Salam Incik Taming Sari,
Di teratak hamba ada cerita yang lebih kurang serupa 'Rimau' category Mambang - ini pun seorang jiran yang datang bercerita pengalaman beliau sendiri seumur 12 tahun. Sambungan cerita itu masih belum berkemsempatan bertemu dengan jiran tersebut. Lebih kurang cerita "waris Jari Hantu' lah...