Jumaat, 27 Februari 2009

Dari Teratak Pak Kiai 2 - Petua Hulubalang Melayu


Salam kawan-kawan seperjuangan.Kadang-kadang keris atau parang kiter ni ader yang boleh membunuh sampai selesai, ader yang hanya makannya kurang satu atau dua atau tiga. Maksudnya kalau senjata kiter dari jenis besi yang kurang baik, tidaklah dapat ia menewaskan semua musuh. Kadang-kadang sepuas manapun kiter cuba, musuh yang tinggal satu atau dua orang lagi tidak dapat ditumpaskan. Ini bererti senjata kiter telah lemah. Maka campakkanlah senjata kiter itu ketanah dan usahlah digunakan lagi. Biasanya kiter akan gunakan senjata atau parang yang lebih kecil yang disisipkan dipinggang kiter. Pada masa inilah kiter gunakan senjata begini untuk menewskan musuh. Biler musuh kiter pula membawa dua jenis senjata semasa bertarung kiter mestilah berwaspada, Mungkin musuh kiter tu mahir tentang besi. Biler mereka mahir tentang besi kemungkinan senjata kiter tak dapat mencederakannya. Mungkin musuh kiter tu kebal senjata. Maka berikhtiarlah dengan cara yang lain. Kalau mereka kebal, maka kalau menikam, tikamlah yang didalam. Umpama menikam seekor ayam dalam reban. Jangan ditikam rebannya tapi tikamlah ayam yang didalmnya. Akan berputarlah musuh kiter tersebut. Kalau kebal jin atau puaka atau syitan, maka kiter tak perlu khuatir kerana hantu syitan akan cabut biler berhadapan dengan kiter. Hilanglah kebal mereka. Namun harus dibakar dahulu Jin atau hantu tersebut. Kadang-kadang jin atau hantu itu terbakar secara automatik biler terlhat WAJAH kiter.Para hulubalang melayu seharusnya mahir akan ilmu rasa. Sebaiknya kiter dapat rasakan yang musuh kiter menuju kearah kiter sejauh tujuh buah bukit lagi dimana kiter bolehlah bersedia. Biasanya hulubalang wanita lah yang mempunyai rasa yang kuat dan halus. Kalau kiter berjalan didalam hutan atau belukar, bukan sahaja musuh, biawak pun kalau memerahatikan kiter, sudah dapat kiter rasa dan tahu dimana ia.Kalau orang dulu-dulu, ilmu mereka cukup tinggi. Sebagai contoh, kalau mereka mempunyai ilmu Si Angga Mara, semasa bertarung, maka gelaplah alam sebelah dari Shyirik ke Maghrib. Langit menjadi sebelah terang dan sebelah gelap melitup dari timur ke barat. Mega yang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi seolah-olah bermara bersama-sama kiter. Sekarangpun masih ader yang mengamalkan ilmu ini. Namun bilangan mereka terlalu sedikit, Mereka selalunya tidak menunjulkan diri dan bersahaja saperti orang yang tidak berilmu. Senjata kiter, seeloknya disimpan sebagai senjata sahaja. Janganlah sesekali digunakan untuk tujuan lain. Kalau senjata kiter jenis yang baik dan serasi serta bersahabat dengan kiter, bila bunyi berdetik sahaja ditengah malam. kiter terus terjaga dan yang mula-mula kiter ingat secara automatik ialah senjata kiter tadi. Senjata begini kadang-kadang kalau kiter usap-usap pun tangan kiter tak semena-mena boleh luka. Ini bererti besinya dari jenis garang dan baik untuk dibawa bertarung. Begitulah serba sedikit petua yang digunakan oleh hulubalang melayu dahulu kaler.

4 ulasan:

Peacebuy berkata...

Pak Kiai,

Tumpang tanya...
kolam tu disebelah rumah berapa agaknya lebar?
Rasa macam nak buat aje kalau muat di teratak hamba.

Tanpa Nama berkata...

"Si Angga Mara" atau "Sangga Mara"?

tasha berkata...

hii

saya nak berkongsi pada awak.. ada 1 laman blog yg menghimpun petua2 melayu, saya rekomen, http://petuamelayu.com/melayu/ macam2 petua ada

renung2x kn & selamat beramal :)

Unknown berkata...

petua-petua lama ni macam kepercayaan mistik Kejawen di Jawa. perlu ada ritual, perlu ada sarananya. memang pun kebanyakan kemistikan melayu ini mendapat pengaruh kuat dari mistik luaran yang berunsur kejawen, begitu juga campur dengan mistik syiah yang sudah lama bersarang dalam budaya melayu. kini banyak pula mistik benda-benda yang menyebabkan melayu semakin ghairah dengan nuansa mistisismenya - bimbang jadi keyakinan pula.