Terima kasih kerana sudi melawat ke teratak hamba. Teratak ini akan ditutup tak berapa lama lagi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Terima kasih dan agar sentiasa didalam redha Allah semasa berkelana didalam sebuah pencarian demi menuju tempat tujuan.
Sesunguhnya kehidupan adalah sebuah teka teki yang halus dan abstract serta sulit untuk dihuraikan. Dalam mencari jawapan siapakah kita, dari mana kita datang dan kemana kita nak tuju terbukti bahawa segala kata-kata yang baharu sifatnya tidak lagi berguna. Kita tengelam dialam rasa. Wallahhualam bissawab.
Teratak hamba ini akan tidak berpenghuni untuk seberapa ketika. Namun silalah melawat sekali sekala untuk dagang dan senteri menghilangkan dahaga.
Blog ini adalah cetusan rasa saya untuk dikongsi bersama. Tujuan blog ini adalah untuk megembalikan semangat juang bangsa melayu yang kini telah banyak terhakis kerana fahaman politik berpuak-puak. Blog ini bersifat nutral dan antara lain untuk mengingatkan kita pada nilai-nilai murni Bangsa Melayu yang semakin lama semakin terhakis. Disini hamba lampirkan juga dengan pusaka Ilmu Hulubalang Melayu dahulu kala untuk sama-sama dapat mengenang kembali identiti bangsa kita.
Rabu, 28 Oktober 2009
Jumaat, 16 Oktober 2009
Kisah SiMullah Dengan Raja

Sebermula setelah sekian lama berehat-rehat dianjung seri, terkenanglah SiMullah akan Rajanya.
SiMullah memang akrab dengan Rajanya. Namun begitu dia tidak pernah meminta apa-apa dari Rajanya. Ketika diistana, SiMullah duduk bersama-sama dengan pembesar-pembesar istana lainnya. SiMullah tidak tahu apakah yang mahu dimintanya walaupun dia tahu bahawa permintaannya akan diperkenankan langsung oleh Rajanya. Baginya cukuplah hanya dapat bersama-sama berada disisi Rajanya itu sudah cukup membahagiakan hatinya. Yang SiMullah tahu hanyalah memberi sahaja walaupun pemberiannya tidak diperlukan oleh Rajanya.
Sedang asyik meneliti dirinya, tiba-tiba datanglah seorang utusan dari istana bertanya khabar pada SiMullah. SiMulah tahu tentulah ada sesuatu yang hendak dikhabarkan oleh utusan istana itu. Utusan dari istana itu bertanyakan SiMulah mengapakah tidak meminta apa-apa pada Rajanya. Maka dijawab oleh SiMullah yang dirinya sudah kaya . Walaupun dia miskin harta namun kekayaan dalam bentuk hati yang tenang itulah satu-satu hartanya. Terutama ketenangan hakiki semasa beliau berada disisi Rajanya.
Untuk tidak nanti dikatakan sombong maka pada suatu hari SiMullah pun cubalah meminita sesuatu dari Rajanya. Maka segala permintaan SiMulah itu dimakbulkan oleh Raja. Maka gembiralah SiMullah tadi walaupun beliau tahu yang permintaan-permintaan tersebut bukannya untuk diri beliau sendiri tetapi untuk kawan-kawan dan sahabat handainya.
Maka SiMulah tetaplah saperti biasa. Iaitu seorang Mullah yang tak punya apa-apa.
Langgan:
Catatan (Atom)